Monday, July 4, 2016

TIPS : Cara Mencapai Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum.

Betul orang cakap, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Bergantung kepada masing-masing, ada 1 bulan pun dah ok, ada juga yang dekat 1 tahun lamanya. Alhamdulillah dah dekat 4 bulan aku berkahwin. Namun, ingat ke makin lama makin bahagia, tapi sebaliknya. Dan syukur kehadrat Ilahi, di malam kedua terakhir Ramadhan 2016 ini, aku telah diberikan hidayah untuk memperbetulkan hubungan kami (Insya Allah).


Punca PERTAMA - Sulong

Isteri aku ialah anak sulong daripada 10 orang adik beradik. Dialah satu-satunya punca pendapatan keluarganya setakat ini. Ayahnya sedang pulih dari pembedahan. Adik-adiknya ada yang masih belajar dan ada yang tak dapat kerja lagi. Jadi tekanan di bahu isteri aku sangat tinggi. Disebabkan itulah dia mungkin rasa kasih sayang dan pengorbanan mak ayahnya untuk membesarkan SEMUA adik-beradiknya terutamanya dia sendiri perlu dibalas. Lantas tak hairanlah dia terabai sikit aku ni.

Penyelesaian PERTAMA - Sokong

Mungkin aku hanya boleh bagi sokongan moral dan dengar je luahan hati dia buat masa ini, sampai ayah dan adiknya dapat bekerja kembali? Agaknya lepas itu legalah sedikit dia dan fokus banyak sikit kat suami dia ini. Iyalah, aku pun asyik cakap kat dia "utamakan suami". Sebab itulah tekanan dia bertambah. Keluarga penting, suami pun penting.

Punca KEDUA - Keluarga

Keluarga. Sejujurnya keluarga dia ini kurang menitik beratkan soal kebersihan, agama dan menghormati tuan rumah. Ditambah lagi dengan sikap "kalau nak sesuatu waktu itu, waktu itu jugalah kena ada". Rimas aku. Contohnya kalau nak book flight, sudah pastilah ramai antara kita beli awalkan? Tapi mereka ini kalau lusa nak naik flight, hari ini baru sibuk suruh belikan. Sampai call / sms berkali-kali. Kalau tempat tu dekat takpelah. Ini dari Sabah nak ke KLIA. Gilo. Tapi nak buat macam mana, itukan keluarga isteri aku. Jadi disebabkan aku kurang menyenangi mereka, maka isteri aku pun tertekanlah. Nak senangkan aku lagi, keluarga dia lagi.

Penyelesaian KEDUA - Terima

Mungkin aku kenalah belajar terima keluarga isteri aku sepenuh hati. Bukan buat tak tahu, tapi "blend" sekali namun "berwaspada". Haha. Faham ke maksudnya? Kena banyak bersabar dan redha. Dan kahwin dengan dia, kenalah terima baik buruk keluarga dia juga.

Punca KETIGA - Agama

Suka menyuruh, berleter dan memaksa buat benda baik/betul terutamanya bab-bab agama. Eh, salahkah aku berbuat demikian? Kata nak masuk Syurga Allah bersama. Hmm. Diwarisi sikap dari keluarga dan kaum kerabat dia, jadi isteri aku ini memang degil dan susah sikit kalau nak dakwah kepadanya. Terkadang melawan. Terkesima aku. Tak takut tuhan ke? Tapi aku tak menyerah kalah. Aku tahu tanggungjawab mesti dilaksanakan. Jadi aku tetap menyuruh, berleter, memaksa...dll.

Penyelesaian KETIGA - Contoh

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Betul ke Ustaz/Ustazah? Apa yang aku boleh buat ialah "lead by example". Aku kene buat dulu semua tu (yang mana memang aku dah buat dari dulu lagi) baru suruh dia. Manusia ini kalau dipaksa lama-lama makin tak mahukan? Jadi aku mungkin kena kurangkan sedikit dakwah-dakwah ini. Aku kena berdoa pada tuhan minta dilembutkan hati isteriku. Nak ubah sikap kita sendiri pun susah, inikan nak tukar sifat orang lain. lebih-lebih lagi sehari dua. Memang takkan berlaku. Jadi perlulah bersabar, jadi contoh dan berdoa.

Punca KEEMPAT - Bersih

Berkait dengan ketiga iaitu kebersihan dan kekemasan rumah. Rumah yang kami duduki sekarang ini rumah baru siap dibina. Baru je 1 tahun. Jadi aku sebagai owner, memang nak pastikan keadaan rumah sentiasa terbaik. Dan sifat aku juga, aku suka sesuatu yang bersih dan kemas. Contra dengan bini aku. Keluarga dia macam aku cakaplah seperti punca kedua tu, isteri aku pun terikut-ikut juga. Jadi apa lagi, aku akan menyuruh, berleter dan memaksa lagi. Banyak kali dia cakap dia rasa macam menumpang kat rumah tu je. Pedas betul ayatnya.

Penyelesaian KEEMPAT - Contoh

Salah aku juga kot sebab terlalu memaksa. Lepas ini kena kurangkan dan sekali lagi, kena jadi contoh teladan. Aku akan mulakan semuanya dan buat itu tabiat. Mesti perlahan-lahan dia akan ikut nanti. Perlu juga aku open mind dan terima seadanya. Kalau tak nanti dia letak tuala kat kerusi pun aku duk marah. Walhal tuala itu bukan basah sangat pun.

Punca KELIMA - Impian

Yang terakhir ialah impian dia. Tak bolehlah aku beritahu banyak sangat apa cita-cita isteriku. Cukuplah sekadar bercerita. Disebabkan masalah kewangan keluarga dan tak melalui sumber yang betul, impian dia macam samar-samar je. Seolah hampir mustahil untuk di realisasikan. Tekanan tau untuk dia. Banyak kali cerita benda sama. Kesian pula. 

Penyelesaian KELIMA - Sokong

Aku rasa haruslah aku menjadi pendorong kepadanya. Contohnya biaya yuran belajar dia untuk capai cita-citanya. Rasanya bukan banyak RM pun. Tak sampai 1K. Tapi aku pun sendiri liat nak keluar duit sebab duit aku cukup makan je. Ada lebih. Tapi tak seberapa. Mungkin yang lebih itu aku hulurkan kepada dia? Lagi pun kalau dia capai impian dia nanti aku juga gembira. Pastilah dia ingat aku yang menolongnya lantas makin bahagialah kami.. insya Allah. Dan juga haruslah aku carikan sumber/saluran yang terbaik untuk dia sebab dia sendiri tak tahu. Kalau tahu pun tetap tak tahu secara mendalam bagaimana caranya. 

KESIMPULAN - Kata Kunci : TEKANAN

Kepada pembaca, cerita diatas hanya luahan hati aku untuk aku baca kembali kalau terlupa di masa hadapan. Aku harap tak adalah yang berfikiran negatif, sebaliknya komen-komen membangun sangat dialukan. Jika pembaca ada pengalan macam aku, silakan kongsi. Marilah kita menjalankan hubungan yang baik lalu mencapai kebahagian berpanjangan dalam rumahtangga masing-masing.

p/s: Aku sangat cinta dan sayang isteriku. Mungkin banyak lagi perkara perlu diperbetulkan untuk jadi bahagia. Doakan kami ya! Amiin.

Saturday, March 5, 2016

PERCUMA : Kucing Untuk Diberikan Kepada Sesiapa Berminat

29 Februari - Hari LOMPAT seBUMI!

Sempena hari yang bertuah dan datangnya setiap empat tahun sekali je ni, aku nak bercerita sikit mengenai perjalanan hidupku baru-baru ini. HAHA.

LAMA TAK UPDATE BLOG

Ada sedikit kemalasan disebabkan banyak perkara. Pertamanya yang pasti ialah mengenai internet yang lembab. Kenapa taknya, guna fon je (buat hotspot untuk sambung ke PC). Kuota data pula 4GB je. Jadi camne nak laju? Kadang-kadang internet suka main sembunyi. Kejap ada kejap tak ada. Jadi dari segi internet tu memang “killing me softly” lah rasanya. Kedua sebab aku baru pindah rumah baru (Alhamdulillah). Jadi sudah pasti kesibukan dan keseronokan itu lebih kepada mengemas dan menghias rumah. Ketiga sebab nak KAHWIN. Ye, bermula hari ini, ada 13 hari je lagi aku bergelar bujang seumur hidupku. Sedihkan? HAHA. Sibuklah menguruskan hal perkahwinan sekarang ini termasuk documentasi dsb. Jadi ketiga-tiga sebab inilah kenapa aku tak update blog untuk tempoh yang agak lama.


INCOME MELALUI NUFFNANG

Engkorang ni percaya ke kat Nuffnang? Memang tak dinafikan ada yang menjana pendapatan melalui Nuffnang. Setiap bulan pun ada. Tapi aku? Straight to the point, sejak 8 tahun lebih berblog, aku berjaya mengumpul RM250 + sahaja. Banyak ke? Kalau ikutkan nilai memanglah sedikit tapi siapa nak bagi jumlah tu percuma? Percuma maksud aku tak perlu bayar yuran ahli ke, duk jumpa orang buat sales ke. Anda hanya perlu letakkan banner kat blog dan seangkatan je. Mudah. Jadi bila dah sampai ke RM250+ tu, aku buat keputusan untuk keluarkan semua. Lepas hantar request cash out kat Nuffnang, so tunggulah aku sampai hampir DUA bulan! Macam-macam follow up dah buat. Email mula2. Last sekali aku call office diorang. Susah juga nak berangkat. Then mereka feedback bahawa aku ada “clicking fraud”. Weh, sape selalu datang blog ni buat benda ni kat blog aku ni? Tapi tak kisahlah fraud ke, frog ke, fog ke, yang penting aku tak puas hati dengan Nuffnang! Setakat RM250+ selama 8 tahun lebih, takkan berkira sangat? Ah. Malas duk fikir. Jadi aku dah decide nak delete je banner dan tutup account. Tak ada guna duk tayang benda kita tak suka kat blog ni. Mencacai buat apa. Income tak dapat? No worries. Banyak lagi sumber lain. Ayuh kita ban Nuffnang!

NAK KAHWIN DAH

Ye. Seperti yang aku cakap kat atas, 13hb March 2016 ialah tarikh penikahan aku. Nak ajak korang pun tak beberapa kenal. HEHE. Tapi kalau nak datang juga komenlah kat bawah. Tempatnya di Semporna, Sabah. Alhamdulillah persiapan dah 90% siap. Sikit je lagi touch up. Berdebar pun ada. Sebab nanti nak pikul tanggungjawab besar. Tapikan, perjalanan aku nak kahwin ni penuh onak dan duri. Terutamanya dari segi duit. Namun betullah cakap orang, jika kita berniat baik, selalu berdoa, Allah akan permudahkan segala-galanya untuk kita. Sejak dari aku nekad nak kahwin, rezeki aku murah. Sumber duit datang dari punca yang tak disangka-sangka. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah. Akhirnya cukup segala-galanya untuk kahwin. Siap ada extra lagi untuk tambah perabot dirumah. 

RUMAH BARU SIAP

Alhamdulillah sekarang aku dah memiliki rumah sendiri. Bukan second tapi yang baru dibina. Condominium pun jadilah. Yang penting lokasi bagus dan harga bawah RM290K. Tu beli 3 tahun yang lepas. Sekarang kalau nak dapat harga ini dengan lokasinya, agak mustahil. Market price harga rumah aku ni sekitar RM370K dah. Tapi kepada agents, kalau anda mambaca ini, aku tak berminat lagi nak sewakan atau jual rumah aku ni. Nak tingal lama dulu sampai ke puas. Then later we can talk. Lagi pun fikir juga nak beli satu lagi landed properties. Tapi way too long to think. Mungkin 10 tahun lagi. Yang pasti aku bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan.


KERJA DAN GAJI BARU

Dari tempoh Oktober 2014 sampai sekarang, aku berjaya dapat increment salary almost RM1,200. Tempoh satu tahun, tiga bulan. Not bad. Tak adalah banyak tapi syukurlah. Kerja makan gaji macam inilah. Cukupnya gaji aku tu, rasanya insyAllah lah boleh untuk aku dan bakal isteri nanti hidup. Kalau boleh nak naikkan lagi gaji. HAHA. Lagi pun kerja di tempat baru ini banyak sangat benda yang boleh menyebabkan aku sakit hati, makan hati, luah hati dan seangkatan. Disuruhnya datang awal, baliknya lambat lagi bagus. Kejap nak A, kejap nak B pastu A balik. Masalahnya nak tukar A ke B dah banyak proses. Itulah kerja aku sekarang. Kerja makan gaji kena sabo lah kan. So to think positive, aku kena buat sesuatu! Mungkin cari kerja lain atau buka bisines kata banglas. Any idea?

UNIFI VS MAXIS FIBRE

Diakui Unifi memang mahal sikit. Pakej termurahnya iaitu 30Mbps sebulan dengan RM179. Maxis RM148 tapi 10Mbps kelajuannya. Kalau kira berbaloi, memang Unifi lah. Lagi pun disertakan sekali HyppTV. So kalau tak ada Astro lagi macam aku ni, memang seronoklah. Dari segi bajet Maxis menang. Eh korang, betul ka internet kat Malaysia ini mahal? Depa kata kat Korea ibarat 30Mbps tu RM50 je sebulan. Hmmmm. Tapi last sekali aku decide ambil Unifi lah. Baru je seminggu install. Sebab tu update blog ini. Internet laju sangat. Download 4GB pun sejam boleh siap. HAHA. Lepas ini penuhlah hardisk aku tak tau nak letak mana movie. Sebab itu mula2 aku pertimbangkan Maxis Fibre je. Tak mengapa slow sikit tapi ada juga. Even BETTER dari Unifi pakej lama yang RM149 untuk 5Mbps sebulan tu. Dulu pun kat rumah sewa aku guna Maxis. Memang berpuas hati. Sampai tak tau dah nak buat apa dengan internet laju 10Mbps. Inikan dengan 30Mbps? Mungkin ada gunanya untuk future kot. We’ll wait and see.


JENUH DENGAN POLITIK MALAYSIA

Oh topik ini pun termasuk sekali. Bukan apa, aku bosanlah dengan politik kat tanah airku ini. Penuh dengan rasuah. Kalau tak kena je, kena pecat, kena penjara, kena bunuh! Rakyat dihalang menyuarakan pendapat. Tapi yang menyokong tu pula tak tau hala tuju. Yela diorang yang menyokong dapat duit. Hari itu khutbah jumaat ada cakap, sekarang hanya orang bodoh diangkat jadi pemimpin oleh yang cerdik. Dan akhirnya rakyat sendiri diperbodohkan. Akhir zamankan. Aku Cuma harap bukan malapetaka tapi hidayat dari Allah kepada mereka ini semua supaya bertaubat dan tegakkanlah agama Allah didalam pemerintahan. Jangan dilupa pula yang kita berbilang agama dan bangsa. Tapi jadikan pemerintahan Nabi dan khalifahnya sebagai panduan. InsyAllah semua orang gumbira. Namun kadang-kadang aku sedih dengan bangsa Melayu. Kita semua memang macam “itu” ke? Fahamlah sendiri. Aku pun Melayu yang sedih kerana kita seperti lalang..wuuu~ditiup angin~

KUCING IN THE HOUSE Y’ALL

Sudah 5 bulan aku membela sepasang kucing bernama Gabbo (Jantan – kaler oren) dan Laura (Betina – kaler campur) seperti dalam gambar. Sekarang usia mereka 7 bulan. Sejujurnya cantik tu biasa sahaja tapi sebab haiwan tu menemani aku duduk sensorang kat rumah baru ini, jadi rasa terisilah sedikit kesepiaan di hati. HEHE. Nakal juga mereka ini kadang-kadang. Kahwin nanti ingat nak lepaskan diorang. Ada yang berminat? Sila tinggalkan komen – Kucing cantik untuk dilepaskan percuma Shah Alam /Klang area. Kalau ada saki baki makanan dan wood pallet litter, aku bagi kat yang sudi mengambilnya.



AKHIR KATA

Mungkin setakat itu sahajalah dulu coretan aku kali ini. Seterusnya aku nak fikir, pertama, bidang apa kalau buat bisnes boleh maju cepat dan kukuh lama (tak macam Oil & Gas), kedua, cara cari rezeki lebih menggunakan internet laju, ketiga, cara menghias interior rumah dengan lebih bergaya, keempat, tanggungjawab yang aku kena faham sebagai suami, kelima, cara meneruskan hidup hingga ke Jannah, insyAllah.

Sunday, October 25, 2015

HUJAN: Aku Skandal (Lagu Hancur Love)

Semua orang pasti ada satu kenangan lampau yang tak boleh dilupakan. Sama ada perkara baik, buruk, kecewa mahupun gembira. Bagi aku, antara nostalgia yang paling aku tak boleh lupakan ialah waktu bersama EX dahulu. HAHA. Kebetulan pula waktu “break-up” tu ada satu lagu ini – yang pernah masuk Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 2009. Lagu itu ialah HUJAN – AKU SKANDAL. 


Jadi sempena itu, lagu ini telah diCOP oleh aku sebagai satu-satunya lagu kenangan aku ketika dalam keadaan “diatas normal” tersebut. Kalau terdengar atau mainkan lagu ini, pasti saat-saat ohlala dan pedis bersamanya itu terlukis-lukis di kotak fikiran. Kat bawah ialah rangkap lagu:

Kan ku berikan semua,

Agar kau bahagia sentiasa,

Engkau tetap pergi,

Pergi meninggalkan ku sendiri,

Jangan disimpan tiada rahsia,

Katakan saja ku terima,

Engkau tetap pergi,

Pergi meninggalkan ku sendiri,



Waktu duka dulu kita lalui bersama,

Bahagia bagaikan diterangi bintang terang,

Hancur hati bila kau undurkan diri,

Meninggalkan aku.. meninggalkan ku sendiri..

Begitulah perasaan aku. Ditinggalkan dan tak sanggup menerima hakikat. Iyelah. Normalahkan? Tapi sebenarnya sampai sekarang kadang-kadang terlintas juga kenangan bersamanya. Bagi aku terlintas itu biasalah. Bukan apa sangat, cuma nak melayan perasaan dan belajar dari kesilapan kata orang. HEHUUUU~. Kepada tuan punya badan jika terbaca, minta maaf banyak2 yer dan semoga berbahagia dengan pasangan hidup sepanjang hayat. Kejarlah cinta yang abadi dulu. InsyAllah.

MORAL: Post ini sekadar main2. Jiwang sekali sekala katakan. Don't take it too serious people.

Friday, September 11, 2015

SERVIS KERETA: Murah Sekitar Shah Alam?

Minggu lepas baru je servis kereta myVi ku. Nama keretaku ini ialah "Black Knight". HAHA. Usia baru hampir 5 tahun. Tapi disebabkan Knight ini mempertahankan Rajanya (yakni saya), jadi telah lekat calar-calar yang panjangnya 1 meter. Waduh! Siapa punya JILAKE sangat ini? Orang kata tak sah kan kalau kereta kita tak calar disebabkan oleh individu-individu jilake ni. Ok, keretaku ialah:


Saya sebenarnya selalu servis di Perodua Center. Tapi kadang-kadang sakit hati sebab habis servis je, ada saja skru hilang kat bahagian enjin. Kesan tangan bekas minyak pun ada di stereng. Yang paling tak suka pernah sekali, key chain kesayanganku dirembat technician Perodua. Memang diakui minyak hitam dan barang spare part yang lain adalah terbaik di Perodua Service Center. Tapi saya rela pergi ke kedai biasa2 je nak tengok depan mata depa duk servis. Boleh belajar dan complain direct kalau tak puas hati. Harga pun murah sikit terutamanya labour charge.


Gambar diatas ialah minyak hitam yang saya prefer disebabkan prestasi yang bagus. Memang pikap habis kereta selepas tukar yang baru. Cuma SEMI SYNTETIC lah. Jadi selepas 5,000KM, dah kena tukar. Saya beli kat Stesen Minyak Shell je. RM138 sebotol. Kalau yang FULLY SYNTETIC RM230 kalau tak silap (5W-20) - 7,500KM baru tukar.


Auto oil (untuk kereta transmisi AUTO sahaja) diatas ialah keluaran Perodua. Saya tukar lama dah, masa mileage 80,000KM hari tu. Auto oil ni sebaiknya guna original baru best. Setiap 40,000KM kena tukar sekali. Dan sekali tukar guna 4 botol, berjumlah RM100 kalau tak silap.


Yang ni baru je tukar minggu lepas. 2 setengah botol diperlukan. Tapi sebab tokey tak jual setengah, belilah 3 botol. Balance boleh simpan untuk tukar lain kali bila servis lagi. Jumlah, RM100 kesemuanya termasuk labour charge. Murah ke? Otai-otai boleh bagi pendapat?

Tempat servis selalunya di WCC Auto Section 24 Shah Alam. Tapi dah tutup baru2 ini. Tak pastilah kenapa. Mungkin pindah kedai kot? Disebabkan itu, saya ke tempat servis kereta area seksyen 25 (Sri Muda). Kedai nombor tiga dari kiri, terletak dihadapan Perodua Servis Center. Lepas ini tak pastilah nak pergi kedai mana lagi nak servis. HAHA. Ada pendapat kat mana yang bagus? Bagus tu maknanya harga murah, mesra pelanggan, barang original dan mungkin ada after service call?

Friday, August 21, 2015

LIRIK DAN MUZIK VIDEO: De Fam - Supergirls (2015)

Dalam dua minggu ni asyik terdengar lagu ini dimainkan di FLY FM. Yang menariknya khorus bahasa Melayu tapi bahagian rap rojak English Malay. Terus buat andaian ini mesti kumpulan perempuan (girl band) baru dari Malaysia. Nak kata macam K-Pop pun ada juga sikit-sikit. Tapi yang uniknya suara memang SEDAP didengar. Muzik ok jugak walau ada certain part tu tak teratur. Namun part yang paling saya suka ialah ending yang bunyi "haa aa aaaa". He..he..he.. Oleh itu, kepada sesiapa yang nak tahu, lagu terbaru De Fam ini ialah seperti dibawah. Zasssss~


LIRIK SUPERGIRLS - DE FAM

Chorus
Aku bukan yang dulu
Yang terlalu mencuba
Kata apa kau mahu
Kita semua berbeza
Don't need to worry bout the things the say
You've got the power to stand up today
Yang kau perlukan dalam kehidupan hanyalah kekuatan
Dengarkan aku
Just take a look inside

Rap 1
Take a look inside we the beast and a hustler
You be on the chase and yes I caught you out rustler
It's just me and my main ones you can tell we poppin
Never choosin, nver wastin time with you is not an option
Independent women who I stand for
I don't need no scrub, knock you down on the dance floor
The world is at my fingers aint no telling where I can't go
Suited up for drama and I'm carrying the ammo
Tidak pernah putus asa
Hidup ini sementara
Cita-cita dan impian datang bersama usaha
Ku berjanji akan berjaya
Berjaya, percayalah, pengorbanan hidup untuk berjuang bagi semua

Pre-chorus
Got my girls
Got my got my all my girls
Single ladies and my super mum working girls
Don't believe me, don't believe me we gon show
How we made it, how we made it through it all

Tag
Supergirls, supergirls
Got my round the way supergirls
Ah love my supergirls
All around the world love my supergirls

Rap 2
As you can tell I'm way stronger now
I think I found a window I'm out
Yeah I know I won't be back around now
This time you won't keep me on the ground
Never stop, won't let them slow me down
Movin up we're winning big now
You know I live life no regrets
Show me love, real love and don't ha ha hate
 

De Fam? Kenapa bukan De Farm je terus, baru jadi ladang!! Haha. Mungkin sebab nama gadis bertiga ini ialah Sophia, Azira, Manggis? Eh, tak sama pula. Sepatutnya De SAM. Tak apa. Lagu Supergirls ini sebenarnya sesuai untuk golongan wanita kot. Sebab semuanya berkisarkan pasal wanita. Tajuk pun dah "wanita hebat". Ok lah. Yang baik itu kita ambil sebagai iktibar dan yang kurang baik itu janganlah dituruti. Faham-faham jelah ok. Selamat berhibur!

Monday, August 17, 2015

TIPS: Cara Berniaga Kuih Bahulu Dengan Berjaya


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada para pembaca! (Walau dah berakhir)

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, kita meraikan hari yang penuh suci ini. Tetapi sana sini ramai yang berbicara mengenai 2 perkara. PERTAMA ialah cuaca yang sangat PANAS. Berpeluh-peluh nak berjalan raya. Ini telah menyebabkan ramai yang suka duduk dirumah sahaja. Jadi kuranglah rasa kemeriahannya. KEDUA ialah ekonomi Malaysia yang tak STABIL. Sampaikan nak keluarkan duit raya pun kena bajet. Jadi kesimpulannya, Raya tahun ini kurang meriah daripada raya tahun lepas.

Tapi yang aku nak ceritakan kali ini sebenarnya ialah mengenai bisnes kuih bahulu. Hari terakhir puasa hari itu aku pergi membeli kuih bahulu di sebuah kedai di Kampung P. Rusa, K. Terengganu.

Menurut cerita taukey yang sangat ramah itu, dia mula berniaga sejak tahun 2007 lagi. Kini berumur 33 tahun dan dikurniakan 2 orang anak, bisnes bahulunya sudah berkembang maju. Malahan berfikir untuk membuka cawangan ke 6 lagi! Pada mulanya, susah untuk mendapatkan ramai pelanggan. Selama 3 tahun dia terpaksa berusaha untuk menambah rasa bahulunya malahan tak laku pun ada. Berkat kesabaran itu, akhirnya dia mampu mencapai keuntungan yang lumayan seperti sekarang.


Microwave besar untuk memasak bahulu cuma berharga sekitar RM3,000 dan boleh masak dalam lima puluh biji dalam satu masa. Ketika saya membeli, harga untuk sebalang atau 20 biji ialah RM12. Namun cawangan kuih bahulu miliknya di PKNS Shah Alam jualan ialah dengan harga 12 biji RM10. Agak berbezakan! Tapi tengok tempatlah. Mungkin tapak sewa jualan di PKNS mahal jadi terpaksalah naik harga. Kesedapan? Rasanya memang yang terbaik pernah aku makan!


Kesimpulannya, untuk berniaga kuih bahulu dengan berjaya, anda perlu cuba jaya sampai bahulu itu sedap, mudah dimasak, tahan lama dan berkos rendah. Jangan putus asa walau sudah bertahun tak menjadi, kalau betul2 nak, insyAllah, tuhan tunjuk jalan. Dan terakhir, cubalah bermesra dengan pelanggan. Baru pelanggan suka kita dan nak datang lagi. Emm. Lokasi strategik juga memainkan peranan! Semoga berjaya!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...