Thursday, August 16, 2012

FOOD REVIEW: Kenny Roger's @ Empire Shopping Mall

Alhamdulillah. Day after day passed in a blink of eyes. Today is the 27th Day of Ramadhan. 

Di harapkan kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan melakukan ibadah sebanyak mungkin. Beruntunglah mereka yang mendapat keberkatan-Nya dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di Ramadhan ini. Dan alangkah ruginya mereka jika masa disia-siakan dengan shopping sakan, mengumpat, berbuat jahat, berprasangka buruk, menipu, makan dan minum di siang hari dan sebagainya. 

Eh. Aku pernah nampak orang melayu pasangan couple makan secara terbuka. Kulit dan raut wajah macam melayu. Tapi mungkin dia sakit ke. Atau bukan Islam ke. Atau kaum-kaum lain terutama dari Sabah/Sarawak yang agamanya bukan Islam tapi rupa macam melayu. Apa-apa pun tidak elok juga perbuatan itu bukan? Biarlah hati membenci tapi hindarilah mengumpat ok?

 

Hari puasa ke-23 lepas aku berbuka di Kenny Roger’s @ Empire Shopping Mall Subang. Kalau dah lapar tu semua sedap ke tak habis saja kan? Honestly makanan di Kenny Roger’s tu kurang enak. Ayam kecik dan kuah BBQ sikit. HAHA.


Terjumpa gambar ini di internet. Empire Shopping Mall ni agak santai lah. Dia kecik sahaja. Tapi padat dengan kedai-kedai. Semua adalah. Jaya Grocer pun ada. Murah sikit dari Giant / Tesco kot? Kedai roti The Loaf kesukaan aku pun ada kat sini. Jadi sesiapa nak datang sini boleh lah kalau jiwa nak santai je. Orang tak ramai. Kedai makan banyak. Sekian!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...