Saturday, August 4, 2012

OLIMPIK 2012: Keputusan Semi-Final Badminton London 2012

Yeah! Gemuruh suara~ Pemain No.2 Dunia, Lee Chong Wei baru sahaja melangkah ke Final Badminton Sukan Olimpik London 2012 semalam setelah mengalahkan pemain No.2 China, Chen Long dalam straight set 21 - 13, 21 - 14. HEBAT! Tahniah Lee Chong Wei! U really making Malaysia name ROAR in their ears! A history is in the making!

Lee Chong Wei posing after beating Chen Long

Jadi sekurang-kurangnya Malaysia telah pun mengengam 1 pingat perak. Tetapi sudah pastilah KITA mahukan Lee Chong Wei menang perlawanan Final nanti! Beliau akan menentang musuh tradisi - Lin Dan dari China yang juga pemain No. 1 China dan Dunia. Biarlah Malaysia disegani di London bahkan di pelusuk dunia di dalam arena badminton. 

Tunggu, bukan sahaja Lee Chong Wei, malahan pasangan beregu negara, Koo Kien Keat - Tan Boon Heong akan berentap di pusingan semi-final hari ini. Berdepan pilihan nombor 1 yang juga berada di ranking nombor 1 Dunia, Cha Yun - Fu Haifeng dari China, nyata bukan halangan mudah untuk mereka. Tetapi personally aku rasa Koo Kien Keat - Tan Boon Heong boleh pergi jauh. InsyAllah mereka boleh menang! Dan memberikan pingat ke 2 untuk Malaysia!! Chaiyokk!

It all depends on Koo - Tan

Tetapi jika pun Malaysia menang 2 pingat emas nanti, aku tertanya-tanya, bolehkan barisan pelapis badminton Malaysia mengulangi kejayaan itu atau pergi jauh? This is my concern because Lee Chong Wei is already 30 years old. Siapakah yang bakal mengantikan tempat beliau? Dan beregu pula? Apa-apa pun perjalanan masih panjang. Diharapkan sukan badminton Malaysia terus megah dimata dunia. Go team Malaysia! Go!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...