Saturday, December 15, 2012

CARI MAKAN: Kueh Teaw Bandung Terulung di Dunia


Di kota bersejarah Melaka, terdapat satu tempat makan yang sangat sedap dan popular dikalangan penduduk dan pelajar universiti di sekitar itu - Medan Selera Bukit Beruang.

Beberapa gerai mula beroperasi sekitar pukul 4 petang lagi dengan menjual pisang goreng, keropok dsb. Pukul 5 petang gerai Nasi Lemak Kukus Janda dibuka. Rasanya mak oiihh..buatan makcik janda yang tersedap! Pukul 6 pula mulalah gerai masakan panas beroperasi. Yang paling aku suka sejak dulu sampai sekarang, dan boleh dikatakan tiada tandingan (mengalahkan restoran-restoran mahal) ialah KUEH TEAW BANDUNG MUAR di gerai pertama sekali kendalian Mak cik yang selalu memakai skaf je dan pakcik yang selalu bersongkok.

Terbaik di Dunia!
Dari segi harga, memang sangat murah. Kueh teaw bandung muar ni pun baru RM4. Sudahlah banyak, kuah pekat, pedas-pedas, ada telur ada udang, bahkan rasanya emmmm..pekena sekali pasti nak lagi. Pegi lah try. Ini peta ke lokasi Medan Selera Bukit Beruang, Melaka dari Petronas Bukit Beruang.


View Larger Map

Kalau peta tak jelas, dari Petronas tu, ada kuil hindu berdekatan. Dari kuil hindu tu pegi terus je. Medan selera ini beratap biru dan terletak diantara 2 baris lot kedai seperti dalam peta. Gerai kuih teaw bandung Muar tu berada di paling hujung menghadap padang (jalan besar).

Pelajar Multimedia University (MMU) atau Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) mesti kenal tempat ini. Dulu saya pun selalu kesini. Setelah 2 tahun habis belajar, datang balik. Sanggup tu! Sebab sedap! NYUM NYUM NYUM!!

1 comment:

mselim3 said...

sedap aje nampak kueh teaw bandung nie...yum...yum...lapar rasanya,,kena belanja makan nie....heheh.(gurau aje)

mselim3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...