Monday, December 17, 2012

MOVIE REVIEW: Life of Pi (English - 2012)



A marvelously beautiful adventure film I ever watch!

LIFE OF PI ialah sebuah cerita berkisarkan perasaan cinta terhadap haiwan liar, kasih saying keluarga, konflik agama dalam diri, fantasi dan ketabahan dalam mengharungi hidup di atas bot di tengah-tengah lautan luas selama lebih 200 hari!

Tengoklah sedutan cerita ini di Youtube.


Cerita ini bemula dengan mengisahkan Piscine Molitor Patel yang menjalani zaman budaknya dengan ejekan kerana nama Piscine itu seolah-oleh Pissing (kencing). Dia juga tidak diberi bimbingan agama yang secukupnya oleh ibu bapa kerana mereka tidak percaya kepada tuhan. Ibu bapanya hanya percayakan sains dan fakta. Piscine atau nama ringkasnya Pi (bermaksud infiniti dalam Matematik) sentiasa mencari jawapan kepada Agama yang betul. Sering kali dia bertukar-tukar agama namun semuanya hampa.


Suatu hari keluarga Pi yang menetap di India itu terpaksa berhijrah ke Kanada bersama haiwan-haiwan peliharaan mereka. Ayah Pi merupakan pengusaha Zoo terkemuka tapi tanah Zoo itu ialah milik kerajaan. Ketika inilah babak ADVENTURE bermula. Kapal pengangkutan yang mereka naiki karam apabila merentasi sebuah lautan bergelora di Pacific Ocean. Yang terselamat hanya Pi dan beberapa ekor haiwan termasuk seekor Zebra, seekor Orang Utan, seekor Hyena dan seekor Harimau Bengal dewasa.


Bermacam-macam karenah haiwan2 itu Pi terpaksa alami bersama di atas sebuah bot kecil. Akhir sekali hanya harimau dan Pi yang hidup. Namun untuk mengelak daripada menjadi mangsa harimau itu atau lebih dikenali dengan nama Richard Parker, Pi terpaksa membina rakit sendiri menggunakan papan-papan di bot itu dan hinggalah dia berjaya menjinakkan harimau itu. Selepas itu pelbagai peristiwa seperti Ikan Paus besar melompat dari dasar laut, ikan terbang, obor-obor dan laut bergelora mereka lalui bersama.


Akhirnya Pi dan Richard Parker tersadar di sebuah pulau yang dipenuhi oleh Meerkat. Disebabkan pada waktu malam pulau itu seolah-oleh "berasid" atau "memakan" semua hidupan laut di sekitarnya, Pi merasakan pulau itu tidak selamat. Lantas Pi meneruskan perjalanan bersama Richard Parker hingga ke Mexico. Apa yang berlaku lepas ini silalah tengok movie ini sendiri. HAHA. Memang berbaloi untuk ditontoni.


This movie I assumed one of the best this year so far! See it to believe it. I gave a rating of 4.6 / 5 for this movie. Worth of watching twice! So tunggu apa lagi? Pergilah tengok di pawagam berdekatan!

5 comments:

AZRUL AZMI said...

Saya dah tengok... Best sangat... Tempat pengambaran dia cantik... Very breathtaking... Sangat menakjubkan ciptaan Allah...

are_lin@yu said...

mcm menarik tp xdpt prgi tgk.huhu

::aMaD:: said...

Azrul: yup. it's a really exciting movie!

are_lin@yu: pergi la.berbaloi-baloi. masih ditayangkan lagik.

Bin Muhammad said...

Macam best jer...jalan cerita menarik, lain dari yg lain. Ada masa nanti kena pi tgok ni!

Kumbang Jingga said...

tgh tyang kt pawagam ke..slalu download je hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...