Friday, January 18, 2013

HARGA: Tol KESAS turun bermula 15 Jan 2013!

Kadar tol Lebuh Raya Kesas akan mula diturunkan sebanyak 33 peratus iaitu antara 10 sen dan 40 sen bermula pukul 12 malam 15 January 2013.
 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kadar tol untuk Kelas 1 bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM2.20 kepada RM2. Bagi kenderaan. Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (daripada RM3.30 kepada RM3).

Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (daripada RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (daripada RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (daripada RM1.70 kepada RM1.50).


Sebanyak 290,000 pengguna lebuh raya (sehari) akan menikmati kadar penurunan itu terutamanya bagi penduduk kawasan Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya.

KESIMPULAN:

Pertama, memang untunglah bagi yang selalu lalu KESAS macam aku. Jimat la sikit walau tak banyak. Kot kot lah suatu hari nanti turun lagi sampai RM1.00 je! Manalah tau kan? Kedua, ini yang tak sedap dengar ni. Ada yang tuduh ini semua mainan POLITIK. Sebab nak menang pilihan raya, benda-benda macam inilah berlaku. Sekadar menyampaikan dan bukan percaya.

1 comment:

Capo Grande said...

taktik untuk pilihanraya je ni...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...