Monday, January 7, 2013

HOUZ INN: Hotel terbaik di Bintulu, Sarawak

Bintulu, Sarawak? Pernah kesini atau mahu pergi? Walau apa pun jua alasan sama ada melancong, melawat kawan atau urusan kerja, di bawah ini saya nak ceritakan sedikit mengenai hotel yang mungkin anda berminat untuk menginap nanti.

Pada akhir Jun 2012, saya telah ditugaskan untuk submit tender di MLNG Bintulu. Walau pun hanya 1 malam, tapi agak menarik trip tersebut. Cuma bandarnya kecil dan tak ada apa-apa sangat. Kebanyakan orang datang sini memang atas urusan kerja atau balik kampung.

 

Hotel yang saya tinggal - Hauz Inn beralamat: No 266, Ground Floor, Taman Sri Dagang, Jalan Masjid, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel: 086-318853 | Fax: 086-318851 Trivia: Disediakan LCD TV, wifi, lift.


Ini pula biliknya. Mengadap laut (tutup dengan langsir). Disebabkan company bagi lebih, jadi sengaja ambil bilik ini! Tak sangka pulak ada 2 katil. HAHA. Duduk seorang je ye. Jangan jeles.


Hauz Cafe, cafe yang terletak di tingkat bawah hotel ini. Waktu saya tinggal dihotel ini mungkin bukan musimnya kot jadi sebab itu tak ramai orang. Tempat ini sangat tenang dan bersih.


My sarapan pagi style is American Breakfast! Kali ini je makan, nak try sedap ke tak. Tapi rasanya biasa je. Ok lah tu nak alas perut sebelum pergi hantar tender kat MLNG Bintulu.


Tak tau la nape kalau upload jadi terbalik gambar ini. Ini "juadah" pertamaku saat mula-mula jejak kaki kat Bintulu. Tak taula kat Semenanjung ada ke tak air kelapa tu. Pernah nampak?


Oh! Tidak dilupakan juga kek pisang yang tidak sedap ini! HAHA. Disebabkan bintulu tidak macam semenanjung dan tempat tu pun baru pertama kali pergi, memang tak tahu nak beli makanan petang kat mana. Sebab lepas hantar tender terus berangkat ke Airport Bintulu. Alas perut lagi!

Itulah alkisahnya penginapanku ke Bintulu. Harga hotel itu ialah pada Jun 2012. Kalau sekarang naik harga tak tahulah. Ada banyak lagi harga lagi murah. Lagi mahal pun ada. Kalau nak booking dipersilakan. Yang pasti kalau bukan musim dia tak payah booking pun dapat je. PEACE!

7 comments:

AZRUL AZMI said...

Tak de Kek Lapis Sarawak kah??? Hehehe...

Nak pesan kek lapis sarawak satu... hahahaha... Suka makan kek lapis tu... Kek tu mahal jugak kan...

Menarik...

zul said...

Blh tanya ckit x?..admin ni keje kt mane sbnrnya?

zul said...

sje tnye..sy xdpt kje lg,tngh cri..bru hbs stdy..

shahfir said...

target nak g sini gak huhu

zul said...

nk ofer kje ke?blh jgk tu..hehe

Derok said...

best dapat duk hotel budget macam ni...

Cik Gee said...

sorg tapi dapat katil dua bijik.. tak seram ke tidur memalam?

hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...