Monday, February 4, 2013

PERLU BACA: Fakta Menarik Kalendar Zodiak Cina!

Tahukah anda sejarah bagaimana terciptanya Kalendar Zodiak Cina? Sebenarnya sampai sekarang masih belum terjawap lagi persoalan ini. Tapi ada satu kisah yang popular pasalnya. Silakan baca seterusnya. SUATU ketika dahulu, Jade King iaitu pemilik alam di Negara China berasa bosan lantas memutuskan untuk melihat sendiri 12 ekor haiwan yang cukup mengambarkan cirri-ciri haiwan lain di muka bumi. Lalu dia mengarahkan hamba-hambanya turun ke bumi untuk menjemput haiwan-haiwan tersebut kepadanya.

Pilih-pilih-pilih mana satu berkenan di hati?

Haiwan pertama yang dijemput ialah tikus dan kucing. Tapi tikus Berjaya mensabotaj jemputan kucing lantas hanya tikus dibawa kepada Jade King. Seterusnya jemputan dihantar kepada kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, rusa, monyet, ayam dan anjing. Akhirnya 11 ekor haiwan telah Berjaya dikumpul untuk mengadap Jade King. Apabila menyedari 1 ekor lagi tidak cukup, hambanya cepat2 turun ke bumi dan mengambil apa sahaja haiwan yang dijumpai dan yang diambilnya ialah khinzir.

Rekod tahun Kalendar Zodiak Cina.

Dalam kebanyakan haiwan itu, hanya tikus yang paling kecil tapi dia dipilih no 1 dalam semuanya kerana Berjaya mengalahkan kerbau dalam lumba lari. Tikus dengan bijak hanya menaiki belakang kerbau dan melompat dari atas kerbau itu di garisan penamat. Akhirnya susunan haiwan-haiwan itu telah diputuskan dengan khinzir yang pemalas di tempat terakhir. Kucing yang terlepas jemputan itu merayu kepada Jadi King untuk memasukkan dia kedalam senarai tapi sudah terlambat. Kesiankan?

Mana satukah anda? Sekadar suka-suka sahaja ok?

Oklah semua. PASTI ada 2 perkara yang bermain diminda anda. Pertama “Apakah bang*ngnya cerita ini”. Kedua “Gila fantasi habislah dongeng ini”. Ok. Kalau anda berasa seperti itu normallah. Sebab saya pun rasa nak GELAK baca cerita ini! Tapi fakta semua ini tau. Jangan main-main.

Rujukan lanjut: Sini

3 comments:

seribupilihan said...

dongeng..jangan percaya sgt..takut terpesong nanti..boleh dosa pulak..kita ambil sbg pengetahuan je..:-)

Capo Grande said...

saya tahu ceritanya...ex gf dulu selalu cerita kat sy...huhu

apapun itu dongeng saja...untuk menyedapkan cerita...betul x?

Bin Muhammad said...

Maaf...kadang2 kita rasa ianya cerita menarik tapi ianya kisah dari kepercayaan bagi satu agama. Perlukah kita menyebarkannya? Memang niat untuk tahu sahaja, tapi cukuplah untuk diri sendiri...Jgn nanti bila di siarkan, tersalah pula tulis dan ada pula yg cetek ilmu percaya...ianya boleh membawa kepada seseorang kpd syirik pula...Nauzubillah.
Maaf ye...saya pun bukan seorang yg pandai sgt. Kalau salah tolong tunjukkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...