Thursday, February 14, 2013

TIPS: Penjagaan Pintu Kereta (Penting Baca)

Oklah, hari itu cerita pasal penjagaan tayar, kali ini nak cerita pasal cara nak elakkan fenomena pintu kereta kemek (dent). Sebab apa perlu tahu pasal ini? Jawapannya ialah untuk mengelakkan anda STRESS tahap yang melampau apabila benda tak diingini seperti dibawah ini berlaku:

Oh, kilauannya memukau mata! Kereta baru belilah katakan!!


Hoi!! Kepar*t! Sudah kemek keretaku! Siapa buat ni! Panas2.

Dah tau dah. Dah tau dah. Oooo..ada orang hentak pintu kereta aku ya!!

Perghh..masyuklah. Sempat lagi nak calarkan kereta orang!

Sesungguhnya kita seboleh-bolehnya memang jaga bersungguh-sungguh kereta kita supaya tak calar ke, kemek ke, cat tertanggal ke, dan macam-macam. Tapi kadang2 ada insan yang tak reti nak hormat orang lain, diorang ini lah pemberi keCALAR baranan kepada kita. Kalau jumpa orang macam ini mau di PANGGG je kan! Tapi selalunya kita tak jumpa orang itu, jadi kena PANGGG kat duit sendirilah. Adusss!!

Ok, ini namanya Door Guard. Biasanya mana-mana kedai accessory kereta ada jual.

Kalau tak nak macam itu, macam ini pun ada.

Cara pasang? Pastikan satu line macam gambar ini.

Lepas ini berdeganggg orang buka pintu kena kereta kita pun tak jadi masalah.

Dan kalau rasa nak jaga sampai sikit pun tak calar, buat lah macam ini!!

Tapi diingatkan, perlindungan dari burung memang tak ada ok!

Diharapkan tips berguna ini bermanafaat untuk pembaca. Kalau nak murah, Giant/Tesco ada. Yang jenis getah itu. RM10 je. Pasang sendiri sebab senang sangat. Orang curi senang jugak. Tapi tak ada orang nak ambil jugak sebab murah. Low risk investment katakan. Nak cantik+mahal kena rajin carilah online ke atau kat kedai accessory kereta. BEB kereta calar2 tak ada kelas la. Kan? Kan?

Credit: Google Search

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...