Sunday, March 3, 2013

MOVIE REVIEW: Cloud Atlas (2013) - "Awesome!"

Filem yang baru ditayangkan di cinema Malaysia - CLOUD ATLAS sebenarnya sudah lama ditayangkan di US. Kalau tak percaya cari la download link, siap Blue-Ray lagi tu! Apa2 pun, entri kali ini akan bagi review sikit pasal filem itu.

26 Oktober 2012 Movie ni ditayangkan dah beb!

Seriously macam tak ramai tahu+minat cerita ini. Sebab ceritanya memang kucar kacir. Permulaan dalam 20 minit memang terpinga-pinga lagi pasal apa cerita ini. Sebenarnya kalau kita faham pokok cerita jalan ini mesti raya filem ni satu karya yang sangat hebat dan mendalam maksudnya!

Pening kalau tengok movie tu tapi tak tengok ini dulu.

Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, cerita ini sekejap zaman kapal-kapal, sekejap puak orang asli, sekejap zaman teknologi canggih. Arghhh! Apakah semua ini?? Sebenarnya dia berkaitan. Watak yang dimainkan dalam cerita ini berkaitan dari zaman kapal-kapal tu hinggalah ke zaman teknologi moden. Mesej yang nak disampaikan dalam cerita ini ialah:-

Georgie the bad ghost!

Yang lemah akan selalunya ditindas oleh yang kuat, dan memang akan menjadi macam itu sampai cucu cicit anak beranak. Takkan berubah. Suratan takdirlah katakan. Jadi yang jahat juga akan selalu berleluasa. Fikir balik, kadang-kadang macam ada connection dengan politik. Ala macam pilihan rayalah. Yang menang akan selalu menang. Usah ditanya. Rasanya anda faham juga maksud ini.

Rating: 3.5 / 5.0

1 comment:

seribupilihan said...

macam best je citer nie..nak tengok jugak..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...