Saturday, April 20, 2013

COOL: Surat Perletakan Jawatan Ditulis Diatas Kek!


Jika anda nak berhenti kerja dan menjadikan bisnes kek sebagai punca mencari rezeki, jadi menulis surat perletakan jawatan di atas kek semestinya satu idea yang kreatif dan sangat bagus! Pada hari jadi ke 31, Chris Holmes atau lebih dikenali sebagai MR. CAKE telah memutuskan telah tiba masanya untuk dia berhenti kerja sebagai Pegawai Sempadan di London Stansted Airport untuk melakukan sesuatu yang dia sangat MINAT dan memberikan masa lebih bersama keluarga tercinta. Bisnes membuat kek telah menjadi pilihannya dan notis pemberitahuan kepada majikannya ialah dengan menggunakan ICING sebenar di atas kek!


Surat perletakan jawatan yang sangat mengcuit hati ini menjadi sangat POPULAR selepas abang iparnya tweet gambar kek itu kepada dunia. Cuba perhatikan ayat TERAKHIR pada kek itu – satu cara pasaran yang tersangat cool dan menarik! Mahukan anda melakukan perkara yang sama?!!

Credits: Yahoo!

1 comment:

sarah said...

heheheh kreatif kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...