Wednesday, April 10, 2013

PERHATIAN: Jangan Minum Air Ini Untuk Elak Tulang Reput!


APAKAH YANG BAHAYA?

Adalah penting anda mengetahui fakta ini jika anda tidak mahu sejenis air yang anda minum ini akan membuatkan gigi anda hilang dan tulang menjadi rapuh! GILA DASYAT. Tapi itulah hakikat sebenarnya mengenai TEH.  Meskipun mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Tetapi bacalah kajian yang telah dilakukan ini:

Macha, teh tarik satu!

KEBURUKANNYA MENURUT KAJIAN?
  1. Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang.
  2. Journal Perubatan Britain yang diterbitkan pada tahun 2009 turut melaporkan bahawa teh yang diminum dalam suhu sepanas 70 darjah celcius boleh menyebabkan kanser esofagus.
  3. 1 liter teh mengandungi sehingga 9mg flourida, iaitu sejenis bahan yang sekiranya diambil terlalu banyak boleh mengakibatkan fluorosis rangka, tulang rapuh serta kesakitan dan kekejangan ligamen.
CARA MENGELAKKANNYA?

Memang tak dinafikan ada ramai penggemar teh di dunia. Di Malaysia pula biasanya suka sangat kita minum teh TARIK, teh o PANAS dan teh o LIMAU. Jadi demi mengelakkan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk:
  1. Minum teh yang tidak terlalu panas.
  2. Mengambil teh hitam kerana ianya adalah lebih sihat memandangkan teh jenis itu mengandungi sejenis bahan anti-oksida yang dikenali sebagai polifenol. Tambahan pula, terdapat kajian yang mendapati bahawa tiga atau lebih cawan teh hitam sehari boleh mengurangkan masalah jantung.
Teh Hitam anyone?

KESIMPULAN

Teh hijau? Agaknya teh hijau lebih baik daripada yang kuning itu. Tapi yang hitam ini tak tahulah pula yang mana sebab tak pernah jumpa. HAHA. Di hypermarket banyak betul jenama the dan perisa berbeza. Yang paling sedap setakat ini bagi aku ialah perisa Peppermint. Segar je rasanya. Tapi ingat, minum tu minum juga, yang terbaik tetap AIR SUAM.

Credits: Yahoo!

3 comments:

namialus67 said...

Saya pengemar teh tegar...seram bila baca info ni, Good info.

Khairil Faizul said...

alamak, memang kena kurangkan minum teh tarik la lepas ni. sebelum ni tiap2 hari juga minum. haha.

Myra Jay said...

Alamak!! Nak kena kurangkan minum teh tatik ni :D

Tp jarang2 minum sebenarnya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...