Friday, May 10, 2013

PANAS: Antara Isu Selepas PRU-13


Kali ini aku mahu bersuara. Mungkin entry ini agak kontroversi dan menyentuh sensitivity sesetengah pihak, tapi aku percaya sebagai rakyat yang mahukan keamanan dan kestabilan, aku harus bersuara. Hingga ke hari ini, isu-isu keputusan pilihan raya masih lagi di pertikaikan oleh banyak pihak. Antaranya yang jadi perhatian ialah:

PAKATAN RAKYAT 5.6 JUTA UNDI, BARISAN NASIONAL HANYA 5.2 JUTA

Meskipun inilah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi BN tetap diberi mandat untuk mentadbir Malaysia. Jikalah PRU dilaksanakan tanpa mengira jumlah kerusi Parlimen tetapi jumlah undian diambil kira, pastilah PR yang menang. Jadi senang cerita daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 ini, BN perlu bekerja keras untuk menawan hati rakyat kembali. 


NAJIB, DR MAHATHIR DAN UTUSAN MENYALAH DAP KERANA PERKAUMAN

Kita buka kitab sejarah, apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Rusuhan kaum kemuncak kepada masalah perpaduan! Tragedi ini mengakibatkan kehilangan NYAWA serta HARTA BENDA dan mempunyai kaitan yang rapat dengan PRU 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia. Najib, sebagai ketua Negara, haruskah beliau menyokong kenyataan “APA LAGI CINA MAHU?”. Adakah kita mahu sejarah hitam 13 Mei berulang? Sepatutnya beliau patut mengawal isu-isu perkauman ini untuk membentuk perpaduan yang sejati. Apa yang akan jadi kepada generasi muda apabila terdedah kepada masalah ini? Sesungguhnya merekalah yang akan menentukan hala tuju Negara.


PENDUDUK LUAR BANDAR LEBIH PERCAYAKAN BARISAN NASIONAL

Memang tak dinafikan sumbangan BN untuk membantu masyarakat luar Bandar sangat efektif. Penduduk kampung misalnya pastilah harapkan BR1M dan seangkatan diteruskan. Lebih-lebih lagi berdasarkan rekod, hanya BN mempunyai pengalaman memerintah Negara. Jadi corak pemerintahan dan keberkesanan mereka sudah pastilah dipercayai. Untuk menambahkan keyakinan, media masa yang pro-BN, telah lama MEMPERBESARKAN “kekurangan” pembangkang seperti isu skandal Anwar Ibrahim dan Lahad Datu. Jadi bagaimana penduduk luar Bandar mahu memberi peluang kepada PR memerintah? Binasakah Negara nanti?


KEWIBAWAAN LIM KIT SIANG

Ini aku juga terkesima. Dr M terang-terang mengutuk LKS. Tetapi kalau anda baca di internet laman web yang “neutral” atau tidak memihak kepada sesiapa, Yahoo Malaysia misalnya, LKS seolah-olah “kesian” kepada pesaing beliau di Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman kerana bertanding dengan bukan lawannya. BN seperti mahu memberi kejutan kepada kerjaya politik Abdul Ghani yang telah memberikan sumbangan kepada Johor dan Malaysia. Malahan LKS sendiri mengecam isu-isu perkauman. Beliau mahukan keamanan Malaysia!

KENAPA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BUKAN PR PEGANG

Kalau ditengok keputusan PRU-13, BN menang sikit je kerusi Parlimen di KL! Tetapi kenapa KL bukan PR yang pegang ya? Maaf kerana aku bukan bijak pandai dalam bab ini, Cuma mahu bertanya kepada pembaca apa sebabnya? Kuala Lumpur memang tiada kerusi DUN, hanya PARLIMEN. Tolong kalian memperjelaskan?

  
KESIMPULAN DARI LUAHAN INI

Apa yang aku mahu hanyalah keamanan. Walaupu mungkin jiran aku atau di tempat kerja, di shopping mall, di Jalan raya atau di mana sahaja aku berada, aku tidak mahu mereka yang berlainan kaum dan agama daripada aku, tidak menghormati dan memandang rendah kepada aku. Sebaliknya aku nak mereka lakukan sebaliknya. Senang cerita, aku mahukan hak sama rata, sifat saling menghormati, saling bekerjasama, tolong menolong dan bertoleransi. Yang penting semua orang disekeliling aku dan juga aku sendiri sentiasa hidup aman harmoni. Tidak MAHUKAN anda seperti ini juga?

Rasuah dan politik kotor sama sekali perlu dikecam. Dan aku hanya hamba Allah yang biasa, masih muda, mudah terpengaruh dan juga tidak pernah puas dengan apa yang aku miliki. Tetapi aku tidak mahukan para pembaca menilai post ini kontroversi dan seangkatan. Aku bersuara sebab mahu meluahkan apa yang terpendam di minda dan berdiskusi dengan anda semua. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...