Tuesday, October 1, 2013

RENUNGAN: Petua Buka Bisnes Maju Macam Cina

Assalamualaikum.

Sudah lama aku tidak kemaskinikan blog ini. Dulu beriya-iya nak buka pun sebab nak buat pendapatan sampingan dan untuk menjadikannya platform untuk berkongsi pendapat serta ilmu pengetahuan. Tapi disebabkan kerja, rasa teramatlah malas nak kemaskini. Masanya ada tetapi rasa tiada idea mahu diketengahkan. Selain itu faktor persekitaran seperti cuaca yang panas, keputusan pilihan raya baru-baru ini dan juga tugasan kerja di pejabat yang tak menarik juga mempengaruhi sifat malas ini. Oh ya, tak lupa juga DUIT. Memang duit tidak boleh mebeli kasih sayang, tapi anda mampu ke hidup tanpa duit?? Habis nak makan apa hari2? Sewa rumah lagi? Tambang naik bas? Teksi? Motor? Kereta? Tol? Semua perlukan duit. Betulkah kalau duit banyak lagi senang nak hidup? Bagi akukan, aku mahukan pendapatan lumayan yang berterusan. Bukan sekadar cukup-cukup. Kenapa aku mahu duit yang banyak? Kalau anda si pembaca ini yang tak nak duit anda, meh sini bagi aku. HAHA. 

Aku ada fikir sangat panjang. Kita hidup kat dunia ini sebagai persinggahan sahaja bukan selamanya. Harta kekayaan akan ditinggalkan didunia tetapi pahala dan segala amal kebajikan akan kita bawa keakhirat kelak. Jadi jika aku ada duit yang banyak, selain daripada memewahkan diri dengan keseronokan dunia, ada satu perkara yang aku tak akan pernah lupa - sedekah. Sesungguhnya jika aku punya banyak harta, dapatku bina masjid yang indah dan menolong fakir miskin agar hidup mereka lebih senang. Jikapun hanya sekampit beras, mahupun selori gandum, apa sahaja yang aku mampu, pasti aku akan lakukannya. Dalam Islam sendiri pun jika aku banyak harta, pasti aku disegani oleh orang lain dan agama lain. Aku mahu tunjukkan sifat yang baik dan jadikan contoh kepada orang yang mahu mengejar kekayaan juga di dunia ini. Aku tidak mahu Islam dipandang hina, dipandang miskin tiada harta. Hanya Cina atau India yang berada di atas. Bukan persoalanya Melayu. Tetapi Islam. Adat Melayu mesti kita hormati tetapi jangan sesekali melanggar prinsip Islam. Ingatlah 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman.


Cuma persoalannya, dimana harusku cari kekayaan itu?? Antaranya yang dah aku kenal pasti ialah mencari kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi daripada syarikat aku sekarang. Selepas itu barulah buat bisnes. Petua Cina, jika nak buka bisnes, biarlah modal itu ada 3 kali ganda daripada kos bisnes itu. Sebabnya? 1 tentulah untuk kos. 1 lagi untuk gaji pekerja / upah dan seangkatan. 1 lagi untuk "Backup" jikalau terjadi sesuatu. Sebab itulah bisnes Cina boleh maju. Jika kita sekarang ini modal ada sama banyak dengan kos, baik kumpul lebih lagi baru buka bisnes. Nanti katakan jika bisnes lingkup, hutang, upah dan sebagainya nak bayar macam mana? Itu tak termasuk lagi duit makan sendiri. Beringatlah wahai pembaca yang mana aku harapkan rata-ratanya bijaksana belaka. Hidup ini hanya sekali. Janganlah menjadi hamba dunia, hamba kepada orang, kerja makan gaji sahaja. Cubalah buat sesuatu yang bermakna dalam diri. Tambahkan sifat sedekah dan amal jariah. Biarlah kita kejar kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di alam kubur pun sama. Laillahaillah muhammadarasulullah. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...