Monday, March 3, 2014

GEMPAR: Wanita Lahirkan 8 Anak Kembar Sekaligus

Lapan orang!!? Seperti tidak percaya bukan? Kalau 2 atau 3 orang biasalah tu, tapi ini 8, bukan nak cakap 5, ya LAPAN orang! Sebelum baca lebih lanjut, haruslah diketahui bahawa pemegang rekod anak kembar TERBANYAK di dunia ialah 9 orang dan wanita ini berasal dari Malaysia. Argh!! Gila kentang! HAHA. Pada 26 Mac 1999, Zurina Mat Saad telah melahirkan semua 9 anak itu tetapi tiada satu pun umur panjang apabila semuanya meninggal selepas 6 jam bersalin.


Gambar diatas menunjukkan Nedya Sulema dengan kesemua 8 orang anaknya yang lahir pada 26 Januari 2009 di California, USA. Yang lelaki ialah Noah, Isaiah, Jonah, Makai, Josiah dan Jeremiah manakala perempuan ialah Maliyah dan Nariyah. Juga seperti yang dijangka, pada mula-mula kelahiran, pelbagai implikasi terjadi selepas bersalin tetapi syukurlah kesemuanya membesar dengan normal hingga KINI. Nah kau, tak payah beranak 8 kali, sekali cukup! HAHA. 


Kaedah melahirkan anak oleh Nedya ialah melalui In Vitro Fertilization (IVF) iaitu sistem pembenihan embrio yang dilakukan didalam makmal dan selepas 2-6 hari, ia disuntik kedalam Uterus wanita. Nedya telah mengarahkan doktor untuk menyuntik 12 embrio walaupun doktor hanya meyarankan maksimum 3 untuk wanita berumur seperti Nedya. (Gila anak dah ni). TETAPI kelahiran 8 orang anak ini hanya menjadi realiti apabila Nedya meminta David Solomon (lelaki yang hanya Nedya dating sekali sahaja seumur hidup) mendermakan spermanya. 


KESIMPULANNYA, Allah itu maha adil dan maha menciptakan. Usaha tangga kejayaan. Jika bukan rezeki yang kita dapat itu hari ini, mungkin besok, atau minggu depan, bulan depan, dan akhirnya ganjaran Syurga nanti. InsyAllah janganlah kita putus amal dan bersyukur dengan setiap pemberiaan-NYA.

Sumber: Wikipedia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...