Monday, April 28, 2014

OIL & GAS: Nak Bekerja Dengan Syarikat Jepun?

Dunia zaman sekarang ini sangat bergantung kepada produk Petroleum sama ada untuk pengangkutan atau jana kuasa elektrik. Pernahkah anda terfikir pula bagaimana negara Jepun mampu memiliki Petroleum? Adakah nama Nippon Oil atau JX Holdings biasa anda dengar? Kalau orang yang bekerja di sektor Oil & Gas mesti tahu. Tetapi untuk pengetahuan anda, berdasarkan KAJIAN tahun 2013, negara Jepun menduduki tangga ke-80 dunia kerana hanya memiliki 44 Million Barrels simpanan minyak. Jika dibandingkan dengan Malaysia sahaja, kita menduduki tangga ke-24 dunia dengan memiliki 5,800 Million Barrels simpanan minyak. Lebih 131 kali ganda daripada Jepun!


Dan untuk pengetahuan anda, negara yang memiliki simpanan minyak terbanyak di dunia ialah Venuzuela dengan 297,000 Million Barrels. Manakala kebanyakkan negara Arab seperti Iran, Iraq, Kuwait, UAE dan Arab Saudi menduduki tangga 7 dan keatas. Dibawah ini ialah Oil Field in Jepun.


Walaupun negara mereka tidak memiliki minyak yang banyak, tetapi Nippon Oil terutamanya ialah antara syarikat Oil & Gas terkemuka didunia dan berada di ranking 20 TERBAIK. Malahan lebih bagus daripada PETRONAS yang berada di ranking antara 21 - 30. Faktor kenapa mereka berjaya ialah mereka bergantung kepada operasi di luar negara Jepun seperti di Myanmar, Thailand, Russia, Arab dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan antara 3 syarikat Oil & Gas Jepun yang paling top.

Eneos ialah nama produk dari Nippon Oil (JX Holding)

Logo dan pam minyak syarikat Idemitsu Kosan

Ketiga terbesar di Jepun - Cosmo Oil Company

Lepas ini jika anda berhajat untuk cari kerja dalam bidang Oil & Gas di Jepun, carilah di syarikat tersenarai diatas. Pastikan juga anda tahu bahasa Jepun dan minat budaya Jepun. Semoga berjaya!

Sumber: Link 1, Link 2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...