Sunday, April 13, 2014

SENARAI 5: Pesawat Komersial Terbanyak Nahas (2010 - 2014)

Berikutan dengan KEHILANGAN pesawat MAS 370 Boeing 777-200ER pada 8 Mac 2014 yang lalu, mungkin menarik jika anda mengetahui fakta seperti tajuk di atas yang merangkumi kejadian nahas pesawat komersial 5 tahun kebelakangan ini. Apa yang anda akan baca dibawah telah DIKAJI sendiri oleh saya melalui pelbagai laman web. Dan untuk makluman, senarai dibawah disusun MENGIKUT jumlah berapa kali pesawat komersial itu telah terhempas.

(NOMBOR 5)
Jumlah Nahas: 3 kali
Jenis Pesawat: Tupolev Tu-154M


(NOMBOR 4)
Jumlah Nahas: 3 kali
Jenis Pesawat: De Havilland Canada DHC-6 Twin Otter


(NOMBOR 3)
Jumlah Nahas: 4 kali
Jenis Pesawat: Boeing 727 Series



(NOMBOR 2)
Jumlah Nahas: 5 kali
Jenis Pesawat: Antonov AN-24 Series


(NOMBOR 1)
Jumlah Nahas: 10 kali
Jenis Pesawat: Boeing 737 Series


Manakala mengikut susunan pengeluar yang mana pesawat komersialnya paling banyak terhempas ialah seperti di dalam gambar dibawah. Susunan ini lebih menyeluruh kerana mengambil kira kesemua kejadian nahas berkaitan dengan pengeluar. TETAPI tidak pula nahas yang berlaku itu berpunca daripada kesilapan pengeluar. Kerana banyak faktor lain yang mempengaruhinya.


Dan sedikit statistik lain yang menarik untuk anda ketahui. Akhir kata, tujuan post ini ialah untuk memberi pengetahuan umum sahaja bukan mengandungi unsur tidak baik ya. Cuma pengajarannya ialah sejauh mana TEKNOLOGI, jika tuhan mahu sesuatu perkara itu berlaku, berlakulah jua walau dalam keadaan apa sekali pun. Oleh itu, berhati-hatilah ketika menaiki kenderaan baik udara, darat atau laut, dan yang penting, sentiasalah berdoa kepadaNYA agar perjalanan anda selamat.


2 comments:

Denaihati said...

terima kasih perkongsiannya. kalau ada info dari segi nisbah bilangan keseluruhannya dan yang terhempas pun cantik juga.

::MaEstrO aMaD:: said...

sama-sama. itulah.tak terfikir pula. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...