Wednesday, May 7, 2014

8 FAKTA MENGEJUTKAN: Pengasas Restoran Fast Food di Malaysia?

Makan dan makan dan makan dan makan! Siapa tak suka makan? Terutamanya rakyat dinegara yang mempunyai pendapatan mencukup untuk merasa pelbagai jenis makanan yang WUJUD di muka bumi Allah ini, contohnya Malaysia. Selain menghilangkan STRESS, makan juga dapat MEMBESARKAN perut anda. He..he..he..he.. Oklah, kepada anda yang suka makan, tentu sekali banyak francais kafe/restoran yang anda pernah cuba. Nak tahu siapa PENGASAS atau orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kedai itu di Malaysia? Baca dibawah ini:


(1) GELATO FRUITY
Slogan: Italian Ice-cream
Tahun mula operasi: 2004
Mengejutkan sikit kerana:

Nama kedai ini dan slogannya sahaja seolah-olah seperti kepunyaan Mat Italia. Tetapi jika anda ingin tahu, pengasas dan juga pemilik konsesi penjualan aiskrim ini ialah Ms Vivian Yap dan merupakan seorang rakyat Malaysia! Kita sering kali jumpa Haagen Dazs di merata tempat dan mungkin ada yang percaya Gelato juga berasal dari luar negara disebabkan nama dan slogan!


(2) NANDO'S
Slogan: The Nando's Way
Tahun mula operasi: 1998
Mengejutkan sikit kerana:

Asalnya nama restoran yang menu utamanya ayam ini diambil sempena nama pengasasnya iaitu Fernando Duarte. Kemudian Chung Lynn Mac Carpenter telah membawanya ke Malaysia untuk cawangan pertama di Bangsar. Sebenarnya Nando's tidak mudah membenarkan bukan ahli keluarga mereka membuka francais, tetapi dengan kesungguhan Chung dan pertolongan ayahnya, mereka berjaya akhirnya. Satu fakta yang anda mungkin berminat ialah Nando's di Singapore sebenarnya diperkenalkan oleh Chung sendiri dan bukan dibawa oleh rakyat Singapore sendiri.


(3) SECRET RECIPE
Slogan: Tak pasti T__T
Tahun mula operasi: 1996
Mengejutkan sikit kerana:

Siapa sangka business cafe ini dimiliki oleh Dato Steven Sim. Nama cafe ini pun dah macam berasal dari luar negara. Memang tidak dinafikan Secret Recipe ialah francais paling BERJAYA di Malaysia. Ada sumber yang saya kurang pasti mengatakan francais cafe ini paling banyak dan mengalahkan Mc Donald lagi. Halal? Usah bimbang, untuk menjamin kualiti dan kebersihan produknya, JAKIM selalu memantau cafe ini dari semasa ke semasa.


(4) BOOST JUICE
Slogan: Seriously Healthy
Tahun mula operasi: 2009
Mengejutkan sikit kerana: 

Tak tahulah anda pernah dengar tak iklan di radio pasal Boost Juice ini - jika nama anda Nick, dan Soraya, anda layak..bla...bla..bla.. kan? Pernah dengar? Sebenarnya cawangan induk kedai ini ialah di Australia dan dibuka hanya pada tahun 2000. Nick Tiernan dan Dr Soraya Ismail yang merupakan orang yang sangat berpengalaman didalam business francais, dan mereka telah berpakat untuk membuka Boost Juice di Malaysia. Dibawah merupakan gambar mereka.


(5) DOMINO'S PIZZA
Slogan: World Leading Pizza Delivery
Tahun mula operasi: 1997
Mengejutkan sikit kerana:

Sebenarnya tiadalah mengejutkan sangat, sebab orang yang bertanggungjawab membuka cawangan pertama di Malaysia ini ialah pengasas dan pemiliknya sendiri Tom Mohagnan dari US. Apa-apa pun, sekurangnya anda tahukan? Terima kasih kerana membaca. Weee~


(6) PAPARICH
Slogan: Malaysian Delight
Tahun mula operasi: 2005
Mengejutkan kerana: 

Ini memang antara tempat makan kesukaan saya. Menu paling sedap kat sini ialah Mee Kari dan Ice Cham. Fuh...marvelous! Satu lagi yang biasanya dijual dikedai berasingan ialah Papa Roti. Kan ada dekat Giant ke, Tesco ke, yang RM2.30 sebijik tu (naik harga la pulak). Pengasas francais ini ialah Rich Tan. Sinonim dan unikkan nama dia dengan Papa Rich (ayah kaya)? Yang kagumnya dalam masa yang singkat sahaja, dia telah berjaya membuka banyak cawangan di luar negara terutamanya Australia. Hebat bukan?


(7) MC DONALD
Slogan: Parapapapaa I'm Lovin It
Tahun mula operasi: 1985
Sangat mengejutkan kerana:

Oh ini memang tak dijangka, orang yang membawa McD ke Malaysia ini pun bukan calang-calang. Dan namanya ialah Vincent Tan! Dia ialah pemilik Berjaya Group, pemilik kelab bolasepak Cardiff City dan juga antara 10 orang TERKAYA di Malaysia! Dan kesan McD pun tak kurang hebatnya sebab makin lama makin ramai rakyat Malaysia bertambah GEMUK! Huk..huk..huk..


(8) BURGER KING
Slogan: Tak pasti T__T
Tahun mula operasi: 1997
Terlalu mengejutkan kerana: 

Sangat-sangat TERKEJUT jika anda tahu siapa yang merasmikan pembukaan pertama Burger King di Malaysia yakni di Sungai Buloh. Lupakan siapa pengasasnya, yang lebih penting PERASMI pembukaan. Beliau tidak lain tidak bukan ialah... Tun Dr. Mahathir Mohamad, PERDANA MENTERI ke-4 kita!!!! Saya pun tak tahu jalan cerita sebenar, tetapi itulah hakikat didalam sejarah dan fakta terkejut sekali mengenai restoran makanan segera (fast food) di Malaysia!

I am the KING!

KESIMPULAN:
Apa yang boleh kita hayati ialah "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Tengok orang-orang yang telah berjaya diatas, anda bila lagi? Maaflah sebab infomasi yang berkaitan dengan orang Melayu tiada kujumpai, kebanyakkannya orang Cina. Kita hidup satu bumbung yang sama - Malaysia, tetapi kenapa kita tidak boleh berjaya? Ayuh bangkitlah mengejar cita-cita!

4 comments:

Kalisha Aide said...

menarik 2 :))

Muhammad Hizwan said...

Info yang sangat menarik. Selama nie aku pun x pernah tahu owner2 company nie orang Malaysia sendiri.

Sobri Yaacob said...

wah menarik gila..info yg padat dan berinfomasi..rupanya fast food masuk kat malaysia ni pun bayak sjarah sendiri....

APAN said...

yeah...entri menarik...
tp still resepi2 lua negara...dorang just bawak masuk mesia...
mungkin ada 1 2 dlm ni yg betul2 asal malaysia...
teruskan menulis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...