Sunday, May 25, 2014

LAZAT: Fakta Menarik Kepada Penggemar Kopi!

Kopi ialah sejenis minuman yang KEDUA paling banyak diminum selepas air mineral/suam /kosong. Dan Kopi juga adalah yang produk KEDUA yang paling popular didunia selepas Petroleum. Bagi sesetengah masyarakat pula, mandi menggunakan air kopi serta dicampur dengan pulpa nenas mengikut budaya JEPUN boleh mengurangkan kekedutan di kulit dan menambahkan kecantikan. Pada 1674 pula, Persatuan Anti-kopi Wanita ditubuhkan di LONDON kerana golongan isteri tidak menyukai suami mereka terlalu lama di kedai kopi tetapi mahukan mereka balik ke rumah! 3 negara paling banyak MINUM kopi didunia ialah America, Perancis dan German.


Fuh, jadi ternyatalah kopi telah popular semenjak zaman dahulu lagi! Menurut SEJARAH pula, kopi mula ditemui di Ethiopia. Dongeng pula mengatakan, Kaldi, seorang penternak kambing telah melihat haiwan peliharaannya itu "menari kegembiraan" selepas termakan biji dan daun pokok kopi. Dia pun mencubanya lantas turut "menari kegembiraan". Oleh kerana meminum kopi dapat menghalang dari perasaan mengantuk, disebabkan itulah minuman ini sangat digemari dikalangan ahli agama supaya mereka dapat beribadat lebih lama. Pada waktu itu jugalah cendiakawan dari Yemen telah memperkenalkan kopi ini dan menyebarkan kebaikannya ke negara-negara Arab.


Terdapat 2 jenis kopi paling utama didunia - Arabica dan Robusta. Perbezaan ketara antara dua kopi ini ialah Arabica kurang pahit (kerana kurang CAFFEINE) daripada Robusta. Penanaman Arabica juga lebih rumit kerana pokok kopinya lebih sensitif. Disebabkan inilah harga kopi Arabica lebih MAHAL daripada Robusta. Robusta pula sebenarnya hanya dijumpai selebih lebih 100 tahun Arabica dikomersialkan. Sesetengah orang, mereka suka rasa "kuat". Sebab itulah Robusta juga popular!



Meskipun berbeza, Arabica dan Robusta boleh ditanam dikawasan yang berdekatan. Dan negara pengeluar Kopi utama didunia ialah Brazil dimana 80% daripadanya ialah Arabica. Di akhir abad ke-19, penjajah Perancis telah memperkenalkan penanaman Robusta di Vietnam. Dan sampai sekarang, Vietnam ialah pengeluar Robusta TERBESAR didunia. Jadi tidak hairanlah jika anda berkunjung ke sana, kebanyakan kopi mereka mempunyai rasa yang lebih PAHIT! Mengikut statistik pula, 30% kopi yang digunakan di muka bumi ini ialah Robusta.

 
Mungkin anda pernah merasa L.A. Coffee? Kopi itu sebenarnya berasal dari Indonesia. Dan memang diakui kopi mereka mengandungi asid yang rendah berbanding negara lain. Di Malaysia pula, pasti kita terbiasa dengan IPOH WHITE COFFEE. Sebenarnya biji kopi ini bukanlah putih tetapi pemprosesannya hanya menggunakan majerin kelapa sawit dan mempunyai rasa "susu" yang lebih tinggi dari kopi O biasa. Kopi jenis ini diperkenalkan oleh orang Cina di Ipoh. 


Jadi setakat itulah saja mengenai kopi. Semoga anda terhibur! Sumber: Link 1. Link 2.

1 comment:

APAN said...

aku suka kopi kampung je...
kalau gi minum kopi hotel or fast food restaurants punya kopi, x pandai sngt
pe lg starbuck...
selagi boleh x nak cuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...