Friday, May 16, 2014

MOVIE REVIEW: Godzilla 2014

Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama "Godzilla" di filemkan. Sejak dari tahun 1954 lagi sudah dibikin! Tetapi oleh kerana idea asal cerita raksaksa ini diilhamkan oleh orang JEPUN, sebab itulah "budaya" Godzilla sangat popular disana. Dalam bahasa mereka, makhluk besar ini dipanggil GOJIRA. Dan sempena tayangan serentak diseluruh negara yang bermula Khamis, 15 Mei 2014, mungkin ada baiknya jika anda membaca habis review filem ini (dari pandangan saya..he..he..he..).


Kali ini, Godzilla itu seperti biasa, seolah-olah seperti dinasour T-Rex, tetapi cuma kepala dia lain sikit dan tangan panjang serta ekor lagi besar. Dan yang menarik sikit kali ini ialah pengenalan spesis raksaksa baru iaitu (Massive Unidentified Terrestrial Organism) MUTO a.k.a. Hidupan Besar Bumi yang Tidak Dikenali. Gambar makluk-makluk gergasi ini adalah seperti dibawah:



Barisan pelakon pula adalah sangat banyak. Manakala lokasi tempat kejadian (seperti yang diceritakan didalam filem ini) ialah Filipina, Jepun dan US sahaja. Aaron Taylor Johnson (24 tahun) dan Elizabeth Olsen (26 tahun) telah membawakan watak yang penting didalam filem ini.



KONKLUSI:
Cerita ini seperti yang saya jangkakan, memang kurang babak lawan Godzilla vs MUTO. Ada nampak sikit-sikit, nampak ekor, nampak belakang, itu je. Memang kurang seronok. Lepas itu plot agak berterabur. Ada sekali itu hero (Aaron) naik helikopter ke Hawaii. Lepas itu tiba-tiba dia berada di dalam kereta api. Memang pening jugalah sedikit. Babak yang susah nak diterima pula ialah macam manalah BOM NUKLEAR yang sangat banyak hanya dibawa menggunakan kereta api tanpa pengawasan helikopter ke, jet ke. Yang pasti dalam cerita itu, bom itu memang mampu memusnahkan satu bandar jika meletup. Kalau ada banyak? Lagilah dasyat impaknya. Kurang logik!

Overal rating: 3.8 / 5.0


Oh ya, satu lagi sakit mata tengok ialah MUTO itu seolah2 gabungan antara LIPAS dan Labah-labah. Dah la bentuk petak2 macam tak "real" langsung. Baik tengok Godzilla vs Ultraman. Wakakakaka!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...