Saturday, July 19, 2014

PANDUAN: Makna Bacaan Solat Dan Terjemahannya Dalam Rumi

Hari ini ada terdengar khutbah jumaat di Masjid pasal pentingnya memahami erti bacaan di dalam sembahyang. Memang benar pun. Selain solat, ramai diantara kita tahu membaca Al-Quran TETAPI tidak memahaminya. Malahan jika diterjemahkan kedalam bahasa MELAYU sekali pun tetap tidak faham. Kenapa begitu susah bahasa dan erti di dalam Al-Quran ini? Telah Allah s.w.t menciptakan sedemikian supaya kita menggunakan AKAL untuk memahaminya. Sesungguhnya akal ialah satu ciptaan agung yang manusia miliki tetapi jarang memaksimakan kegunaannya. Maka dengan itu saudara saudari, marilah kita mulakan dengan mengerti bacaan solat terlebih dahulu. InsyAllah.
 

TAKBIRATULIHRAM


Allahuakbar

Allah Maha Besar

DOA IFTITAH


Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila (1). Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin (2). Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin (3). La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin (4).

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya, Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang (1). Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik (2). Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam (3). Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam (4).

AL-FATIHAH


Alhamdulillahirabbil 'Alamiin (1). Arrahmanirahiim (2). Maalikiyaumiddiin (3). Iyyaaka Na'budu waiyyaakanasta'iin (4). Ihdinashshiraathal mustaqiim (5). Shiraathallazzinaan'amta 'alaihim, ghairil maghdhuubi 'alaihim waladhdhaalliin (6).

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani (1). Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (2). Yang maha pemurah lagi maha mengasihani (3). Yang menguasai hari pembalasan (4). Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat (6).

RUKUK


Subhaana rabbiyal 'adziimi wa bihamdih

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

IKTIDAL (LAFAZ SELEPAS RUKUK)


Sami'allahulimanhamidah (1), rabbanaa lakalhamdu (2)

Allah mendengar pujian orang-orang yang memujiNya (1)
wahai Tuhan kami kepada Engkaulah segala puji-pujian (2)

SUJUD


Subahaana rabbiyal a'laa wa bihamdih

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Rabbighfirlii (1), warhamnii (2), wajburnii (3), warfa'nii (4), warzuqnii (5), wahdinii (6),  wa'aafini (7), wa'fu annii (8)

Ya Allah, ampunilah dosaku (1) dan rahmatilah daku (2), lindungilah daku (3), angkatlah darjatku (4), rezekikan daku (5), berilah aku petunjuk (6), selamatkanlah daku (7) dan maafkanlah daku (8)

TAHIYYAT (AWAL / AKHIR)



Attahiyyatul mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah (1), Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh (2), Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin (3), Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah (4), Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (5), (###) Kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim (6), Wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad,  kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim (7), Fil alamina innaka hamiidum majiid (8)

Segala kehormatan, keberkatan, rahmat dan kebaikan adalah milik Allah (1), Semoga keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya (tetap tercurahkan) atasMu, wahai Nabi (2), Semoga keselamatan (tetap terlimpahkan) atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh (3), Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (4), Wahai Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami, Nabi Muhammad dan kepada keluarganya (5), (###) Sebagaimana telah Engkau limpahkan rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya (6), Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya (7), Sessungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Agung (8) 
 
SALAM


Assalamualaikum warahmatullah

Salam sejahtera keatas kamu, dan rahmat Allah keatas kamu

DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait (1), wa'a fini fiman 'afait (2), watawallani fiman tawalait (3), wabarikli fimaa a'tait (4), waqinii syarramaa qadzait (5), fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait (6), wainnahu layadziluman walaait (7), walaa ya'izzuman 'adait (8), tabaa rakta rabbana wata'alait (9), falakalhamdu 'ala maaqadzait (10), astaghfiruka wa'atubuilaik (11), wassallallahu 'ala saidina muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wassalam (12)

Ya Allah, berikanlah aku  petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki (1), dan sihatkan aku bersama orang yang telah Engkau sihatkan (2), dan peliharakanlah aku seperti orang yang telah Engkau peliharakan (3), dan pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpinkan (4), Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan (5), Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau (6), Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu (7), Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi (8), telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau (9), Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan (10), Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau (11), Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta para sahabatnya (12)

AKHIR KATA:

Jika terjemahan rumi dan bahasa melayu diatas ada yang tak betul, kurang jelas atau keliru, maafkan saya, sekadar ambil dari internet sahaja dan perbetulkan apa yang mampu. Jika ada cadangan, sila kemukakan. Dan sesungguhnya, setiap bacaan didalam solat itu ibarat DOA, jadi jika tersalah baca pasti doa itu sudah berlainan maksud. SEBAB itu kita seharusnya membacanya dengan BETUL. Seterusnya memahaminya. InsyAllah, sila sebarkan ilmu diatas jika perlu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...