Thursday, July 24, 2014

TERBONGKAR: Siapa Sebenarnya Yang Menembak Flight MH17

Ya, seperti yang anda semua ingin ketahui, akhirnya terbongkar jua siapakah yang sebenarnya dalang dalam menembak jatuh pesawat MAS MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014 lepas yang dalam perjalanan dari Belanda ke Malaysia. Siapa ya? Betul ni anda ingin tahu? Ok, silakan baca penjelasan ringkas dibawah untuk lebih memahaminya. Saya pasti anda akan TERKEJUT besar nanti.


Tadaaa! Hebat tak tajuk blog dan mukadimah di atas? Pasti anda sedang berfikir betul atau tidak bukan? Sebenarnya dan sejujurnya, saya TIPU anda sahaja. Tujuan saya menaip ini kali ialah untuk meluahkan apa yang terbuku di benak fikiran saya mengenai kejadian yang menggemparkan dunia ini. Dan seperti yang anda maklum, bulan Mac 2014 yang lepas, Malaysia sudah dikejutkan dengan pesawat MH370. Jadi, sepatutnya tajuk blog kali ini ialah "MALAYSIA, makin dikenali dunia".


Ok, cukuplah anda melontarkan idea bernas anda mengenai MH17. Anda memang bijak pandai. Saya pula tidak sehebat anda. Cuma yang saya mahu beritahu di sini ialah, MALAYSIA sebenarnya memang semakin dikenali dunia, tetapi bukan di sebabkan kejadian pesawat-pesawat ini, tetapi kerana mempunyai seorang PEMIMPIN yang bijaksana, iaitu Perdana Menteri kita - Datuk Seri Najib.

Ehem ehem. Post blog ini bukan berkisar politik, tetapi saya nak menekankan bahawa cukup-cukuplah kita memfitnah atau mengata itu ini. Sebaliknya ayuhlah kita BERSATU sebagai rakyat Malaysia tidak mengira perbezaan politik, agama dan keturunan, boleh tak? Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa dasar Malaysia tidak berpihak kepada mana-mana negara hinggakan berjaya menyebabkan puak pemberontak di Ukraine mampu berbincang dengan baik. Malahan Barrack Obama pun tidak dapat menandingi beliau. Untuk memahami selanjutnya, silakan baca disini.


Saudara saudari, saya ini bukanlah arif sangat dan tidak pula selalu membaca artikel mengenai MH17, tetapi saya faham satu sahaja, saya ingin bersatu hati dengan anda semua, menyokong kepimpinan PM kita (untuk kes MH17 ini) dalam menyelesaikan isu BESAR ini. Kenapa kita harus bergaduh? Kenapa waktu ini perlu ada perpecahan? Bukankah Islam sendiri menyeru kita bersatu? Mungkin kita berbeza dalam pendapat, politik, agama, bangsa dan sebagainya, tetapi selagi kita ini SAH digelar rakyat Malaysia, boleh tak kita bersama-sama melawan ujian tuhan ini dengan berdiri teguh bersama, berdoa, berfikiran terbuka dan sentiasa positif? Ayuh Malaysia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...