Sunday, August 10, 2014

EBOLA: Penyakit Maut Penting Orang Malaysia Tahu (Part II)

 
CARA MERAWAT PENYAKIT EBOLA?
 
Untuk pengetahuan anda, setakat ini masih BELUM ada penawar untuk penyakit membawa MAUT ini. Saintis dan Doktor masih menjalankan pelbagai ujian untuk mendapatkan VAKSIN berkesan. Cuma rawatan yang boleh dibuat jika dijangkiti ialah dengan meminimumkan prosedur invasive, mengimbangi cecair dan elektrolit untuk melawan dehidrasi dalam badan, pengurusan antikoagulan awal jangkitan untuk mencegah pembekuan intravascular, mengekalkan paras oksigen dan penggunaan ubat-ubatan untuk merawat jangkitan sekunder disebabkan oleh bakteria atau kulat. 

Rawatan AWAL boleh mencerahkan peluang untuk SEMBUH. Dan walaupun belum benar-benar dijumpai, baru-baru ini experiment menggunakan sejenis ubat “ZMapp” telah berjaya merawat DUA orang pesakit Ebola di Amerika dan membuka kemungkinan penyakit ini boleh dilawan sepenuhnya.
 

KES PENYAKIT EBOLA PADA TAHUN 2014?
 
Pada Mac 2014, wabak Ebola telah pertama kali dikesan di Negara Barat Afrika – Guinea. Pada 10 April pula, di GUINEA, 157 orang telah dijangkiti dengan 101 kematian, di LIBERIA, 22 orang telah dijangkiti dengan 14 kematian, di SIERRA LEONE, 8 orang telah dijangkiti dengan 6 kematian manakala di MALI, 1 orang telah dijangkiti. Angka kematian terus MENINGKAT pada akhir Jun 2014 dimana sejumlah 390 orang telah mati daripada 600 kes dilaporkan. Seterusnya pada 23 Julai 2014, World Health Organization (WHO) mengesahkan sejumlah 672 kematian berlaku daripada kesemua 1201 kes dilaporkan sejak Mac! Seminggu sahaja selepas itu iaitu pada 31 Julai 2014, WHO mengesahkan lagi jumlah KEMATIAN telah mencecah 826 orang daripada 1440 kes dilaporkan! Memandangkan kes ini makin TERUK akhir-akhir ini, dunia telah mengawal kemasukan warga Afrika ke Negara mereka.


Contohnya di Malaysia. Anda pasti telah sedia maklum bahawa sekarang ini di KLIA, imbasan SUHU badan telah dijalankan kepada setiap orang yang memasuki Negara ini. Ia bertujuan untuk memastikan orang itu tidak demam dan berkemungkinan boleh membawa wabak Ebola. Perlulah anda memahami, ini adalah perkara SERIUS. Penyakit Ebola setakat ini TIADA PENAWAR. Peluang hidup jika terkena penyakit ini boleh mencecah serendah 10% sahaja!! 

Untuk kes Ebola di Malaysia, setakat ini mungkin sudah ada tetapi bilangannya TERLALU kecil. Jadi masih ditahap terkawal dan berisiko rendah. Alhamdulillah. Tetapi ada jugalah ura-ura telah mula merebak sekitar Kota Kinabalu. Wallahualam. Cuma kita perlu berwaspadalah, sekarang ini pelbagai jenis penyakit ada. Pastikan sekeliling dan diri sendiri sentiasa bersih. Periksa makanan di kedai sebelum makan. Sesungguhnya inilah ujian Allah kepada umat manusia. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengingatiNYA. Semoga Allah melindungi bumi Malaysia ini daripada wabak Ebola.
 

Rujukan: Wikipedia, WHO, Yahoo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...