Friday, August 29, 2014

EKSLUSIF: Kenapa Raya 2014 Tidak Meriah Seperti Dulu?

Hari ini ialah 22 OGOS 2014 atau bersamaan hari ke-26 Raya Aidilfitri. Namun suasana hari raya tahun ini seolah-olah tidak meriah seperti tahun dahulu lagi. Tetapi bagi saya, tahun ini adalah antara tahun yang paling diingati kerana perasaan “raya” dari kampung masih dapat dirasai hanya dengan mendengar lagu raya. Dan sesetengah daripada kita juga mungkin akan membuat RUMAH TERBUKA minggu ini? Jangan lupa ajak saya ya! Di mana sahaja biarpun jauh beribu batu, akan ku datang. HAHA. Hari ini pula, syarikat saya mengadakan jamuan Hari Raya. Dah 3 kali saya beraya sejak bekerja di syarikat ini dan ini ialah kali PERTAMA. Apa-apa pun, syukurlah dan Selamat Hari Raya!


Banyak penyebab kenapa raya tahun ini atau senang cerita bermula dari BAZAR RAMADHAN lagi, agak sunyi tidak seperti dahulu. Yang saya rasa, PERTAMA ialah faktor ekonomi dimana kita semakin dipalit keresahan memikirkan kos hidup yang meningkat, tambahan lagi GST akan diperkenalkan tahun hadapan. KEDUA, nahas pesawat MH370 dan MH17 yang menggemparkan dunia khususnya rakyat Malaysia. Sepanjang kejadian itu, media-massa sentiasa memaparkan berita mengenainya, lantas mengingatkan kita akan kesedihan keluarga yang terlibat. KETIGA ialah peperangan yang berlaku di bumi PALESTIN. Kekejaman pihak Zionis Israel yang tidak berkesudahan itu bukan sahaja menyentuh perasaan orang Islam, malahan seluruh dunia! Sehingga kini, kezaliman mereka masih belum berhenti. KEEMPAT ialah faktor cuaca. Di pantai Barat semenanjung memang dah terkenal dengan isu Jerebu, Kemarau dan Catuan Air. Sejak sebelum Ramadhan lagi musibah tersebut telah melanda, jadi sebab itu ada ramai antara kita tidak selesa menjalani hidup seperti biasa.
 

KESIMPULANNYA, ini ialah raya pada tahun ini, apa yang akan berlaku di raya tahun hadapan dan tahun seterusnya? Adakah kita masih mampu menikmati keriangannya? Semoga Allah memanjangkan umur kita. Tetapi untuk tahun ini, setelah pelbagai perkara telah berlaku, sepatutnya kita semakin mendekatkan diri kepada Allah. Ayuhlah sama-sama kita meninggalkan perkara kejahatan yang dilarang olehNYA. Perbanyakkanlah amal ibadat dan menghayati Islam sebagai Jalan hidup kita. Janganlah nanti disaat sakaratul maut baru nak sedar, sesungguhnya tidak akan diterima lagi taubat kita waktu itu. Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara seperti itu. Aamiin.

2 comments:

Razfira said...

x meriah tp tetap seronok :)

Maestro Amad said...

mestilah. nama pun raya. hehehe.
thanks for dropping by!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...