Monday, September 29, 2014

RAHSIA: Politik Malaysia Yang Anda Tidak Faham

Politik sejak dari dahulu sampai sekarang tidak pernah BERSIH. Sebaik mana pun seseorang itu di kaca mata media, mesti ada kurangnya dalam segi tertentu. Yang paling biasa ialah RASUAH. Sebenarnya saya baru sahaja sudah menonton sebuah movie Korea bertajuk THE TERROR LIVE (2013). Poster cerita ini adalah seperti dibawah. Untuk pengetahuan anda, kos pembikinan movie ini hanya menelan belanja lebih kurang RM 10,000,000 tetapi keuntungnya mencecah RM 115,000,000!


SINOPSIS: Cerita ini mengisahkan mengenai anak kepada seorang buruh binaan untuk projek pembaikpulih jambatan Mapo di Seoul. Buruh itu telah meninggal dunia kerana kemalangan ketika pembinaan dan tiada pampasan diberikan. Malahan dia dianggap "sampah" oleh majikannya. Di sebabkan ingin membersihkan nama ayahnya, anak itu telah mengugut seorang pemberita TV dan mengebom jambatan Mapo itu. Anak itu juga menuntut Presiden Korea Selatan meminta maaf atas sifat kerajaan yang memandang rendah golongan pekerja bawahan dan hanya menyanjung golongan pertengahan atau atasan. Pelbagai aksi menarik berlaku selepas itu. Saksikan sendiri!

PENGAJARAN: Orang yang terjebak dalam politik pasti mahu namanya sentiasa bersih dan sanggup melakukan apa sahaja seperti rasuah dan sebagainya. Mereka juga akan "melupakan" jasa orang yang telah menyokong mereka terutama golongan berpendapatan rendah seperti buruh, petani, nelayan dan seangkatan. Mungkin semua TIDAK begitu, tetapi kebanyakkan daripada ahli politik mesti SEPERTI itu. Perkara ini juga berlaku diseluruh negara di dunia ini dan negara MALAYSIA tidak terkecuali.  Sebab itulah ramai ahli politik tidak bertahan lama kerana rakyat akhirnya sedar. 


Bukankah ALLAH telah berfirman didalam Al-QURAN bahawa jika mereka mentadbir negara berlandaskan prisip agama yang betul maka sudah pasti ALLAH akan memberkati mereka? Contoh yang terbaik ialah kerajaan TURKI sekarang yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan. Pendekatan beliau untuk tidak bersekutu dengan AS dan negara yang penyokong Israel harus dipuji. Maka berbaliklah kepada kita, sebagai orang biasa dan bukan ahli politik, sejauh mana kita memimpin syarikat kita, atau junior kita atau murid-murid bahkan anak kita sendiri ke jalan yang betul? Dan menekankan perlaksanaan hukum Islam yang telus didalam apa sahaja yang dilakukan seharian?

2 comments:

Minhaj Suhaimi said...

"Contoh yang terbaik ialah kerajaan TURKI"?? Seriously, Turkey??! You have been 'blinded' by the media all this time. Do some serious research brother. Kindly listen to these conversations,
http://www.youtube.com/watch?v=02DpZzPYTo0
http://www.youtube.com/watch?v=YLnzBVqb4hc

Maestro Amad said...

terima kasih kerana memberi pencerahan. tapi boleh tolong ringkaskan tak? video panjang sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...