Wednesday, September 10, 2014

VIDEO HANGAT: Orang Malaysia Bersikap Perkauman (Racist)?

Dibawah ini ialah sebuah video yang sedang hangat dibicarakan mengenai bagaimana sebenarnya rakyat Malaysia bertindak balas apabila terdapat orang yang mahukan mereka mengapi-apikan perkauman. Biar pun ditawarkan ganjaran dalam bentuk duit yang banyak, masih tiada yang sanggup. Ada juga yang melaporkan jika diberikan RM1,000,000 pun tak nak walhal mereka hanya perlu berkata bahasa-bahasa kesat sahaja. Marina Mahathir juga turut menyokong perkara baik ini!
 
 
Syukurlah ramai yang masih mahu menjaga keamanan Malaysia ini. Mungkin sebenarnya ada diantara kita yang “kurang menyenangi” sikap sesetengah kaum. Tapi bukan bermaksud kita bersikap perkauman. Kerana apabila didalam sesuatu situasi, mesti kita tidak akan kisah menolong mereka atau meraikan kejayaan bersama mereka – seperti menonton perlawanan bolasepak pasukan Malaysia mahupun kenduri kahwin. Cuma bagi mereka yang memikirkan kepentingan POLITIK sahaja akan sanggup berbuat apa sahaja. Apa guna berada diatas jika tidak menyatupadukan rakyat ye dak?
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...