Friday, October 24, 2014

AVENGERS 2: Age Of Ultron Trailer (Tayangan May 2015)


Ok, jika anda penggemar movie Iron Man, Thor, Hulk, dan Captain America, pasti anda menantikan tayangan Marvel’s Avengers II: Age Of Ultron nanti. Tarikh yang telah ditetapkan setakat ini ialah 1 Mei 2015. Trailer filem ini anda boleh tonton dibawah. Jadi apakah sinopsis cerita ini dan siapakah yang akan muncul nanti? Silakan baca sedikit penerangannya seperti dibawah.

 

Watak “JAHAT” dalam cerita ini nanti ialah ULTRON. Bukan Ultraman okay! HAHA. Ultron dicipta oleh Dr. Henry Pym (Ant-Man) dengan memasukkan “artificial intelligence” kedalam robot untuk memberikan robot itu “nyawa” dan kepakaran untuk berfikir dengan lebih baik daripada manusia.


Kekuatan Ultron adalah superhuman dalam segala bidang. Boleh terbang dengan kelajuan yang dasyat, berlari laju, kuat dan dilengkapi senjata tercanggih lagi berbahaya. Dia juga mampu menembak menerusi tangannya seperti Iron-Man. Ultron juga mampu mengawal minda mangsa dan kemahiran untuk menukarkan radiasi elektromagnetik kepada elektrik. Dalam erti kata lain, Ultron ialah robot yang sangat genius, mampu membaiki diri sendiri jika rosak, memproses informasi dengan sangat laju dan tepat. Lebih daripada itu, baju Ultron dibuat daripada Adamantium, sejenis material yang hampir sukar dirosakkan!


Tengok! Perisai si Captain America kesayangan anda semua pun boleh terbelah DUA! Kononnya dibuat daripada “material dari angkasa lepas” lah sangat kan? Dan lebih menarik lagi, Hulk digambarkan menjadi watak JAHAT juga! Oleh sebab itu, Iron-Man telah mengubahsuai baju kebalnya kepada yang lebih BESAR semata-mata untuk melawan Hulk seperti gambar dibawah ini.


Memang tak dinafikan Avengers I yang lepas antara TOP 5 filem sepanjang zaman yang mana nombor 1 ialah AVATAR. Namun kali ini Avengers II tidak diarahkan oleh pengarah yang sama. Walaupun trailer movie ini Nampak hebat, tetapi ceritanya belum tahu lagikan? Oh ya, si LOKI tak tau lah muncul tak dalam filem baru ini. Selamat menantikan tayangannya. Zassss~~!!

Sumber: Wikipedia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...