Tuesday, November 18, 2014

HANGAT: Siapa Meluluskan Kebenaran Lelaki Untuk Bertudung?

Lepas ini agaknya lagi mudahlah jika lelaki nak MASUK tandas perempuan. Terima kasih kepada tuan HAKIM yang meluluskan perundangan ini. Biarpun tuan hakim adalah beragama Islam, tetapi nampaknya hukum kemanusiaan itu lebih tinggi letaknya daripada hukum Allah swt. Syabas! Dan kepada lelaki lembut atau pun lelaki yang nak cuba jaya mengintai perempuan besok lusa tak payah segan silu. Mungkin kena berani je pakai tudung sikit, walaupun bermisai dan berjanggut!

Andreja Pejic (Lelaki transgender dari Australia)

UJIAN ALLAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Astarfirullah..sejak ketahuan mengenai perkara ini, saya memang TERKEJUT, geram dan marah. Tak cukup lagi ke Allah menguji kita, umumnya rakyat Malaysia, dengan pelbagai dugaan? Misteri kehilangan MH370, nahas pesawat MH17, banjir lumpur teruk di Genting Highlands dan ditambah lagi dengan perkara yang sangat jarang berlaku yakni puting beliung di Kedah, Pendamaran dan Bintulu, adakah semua ini masih tidak dapat membuka mata kita (terutamanya pak menteri, hakim dan pihak berkuasa) untuk berubah? Kes Anwar Ibrahim yang nyata berat sebelah pun masih hangat dibicarakan. Dimanakah keadilan? Dimanakah ketakutan kita kepada ALLAH!

Puting Beliung Melanda Kedah, Klang, Bintulu

HARI KIAMAT SUDAH BERMULA?

Mungkin jika sesuatu musibah itu belum berlaku kepada kita, takkan pernah kita insaf dengan perbuatan yang sah ditegah dalam agama Islam. Tahukan anda baru-baru ini di Arab tanah-tanah mula merekah dan mengeluarkan ASAP yang banyak? Seorang alim ulamak mengatakan beliau sangat takut kerana menganggap KIAMAT sudah bermula! Namun selang beberapa hari, asap itu tidak kelihatan lagi. Tak takutkah kita?? Antara hadis sahih merujuk kepada tajuk post in ialah:

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya) "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang berpakaian seperti kaum wanita dan kaum wanita yang berpakaian seperti lelaki" (Riwayat Al-Bukhari)

Bukannya pengarah filem yang beragama Islam tidak tahu hukum inikan? Tetapi jika anda lihat TV, banyak sangat pelakon lelaki Islam di Malaysia yang tanpa segan silu mengenakan make-up dan memakai baju perempuan. Yang lagi ekstrem sanggup berlakon "gedik" walaupun dia sebenarnya lelaki yang berbadan sasa (macho). Tak perlulah dinyatakan siapa pelakon itu, anda sudah kenal.

Sangat Hangat Diperkatakan Suatu Masa Dahulu

MORAL OF THE STORY:

Jadi kesimpulannya, salah siapa sebenarnya yang memberi kelulusan untuk golongan lelaki lembut, makyah dan seangkatan untuk berpakaian seperti kaum wanita sebebasnya? Adakah hakim yang meluluskan undang-undang itu sahaja? Atau pengarah filem? Saya rasa pokok pangkalnya ialah MAK dan AYAH. Kenapa? Sebab merekalah yang bertanggungjawab membentuk anak mereka, sama ada kearah kebaikan atau jalan yang ditegah oleh agama. Semoga anda yang jika memiliki anak, saya doakan mereka menjadi orang yang soleh dan solehan serta mentaati ibu bapa. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...