Saturday, November 29, 2014

MAXIS FIBRE: Kelebihan Dan Kekurangan VS TM Unifi

Sebelum Maxis Fibre Internet diperkenalkan, TM Unifi menguasai pasaran. Bagi yang tak tahu, Maxis telah berkongsi "Fiber Optic" milik TM untuk membolehkan plan internet mereka ini beroperasi. Saya sudah pun menggunakan hampir 2 tahun Maxis Fibre Internet, dan apa yang saya boleh kongsikan boleh anda baca dibawah. 


Dari segi HARGA, Maxis Fibre VS TM Unifi, sudah tentulah Maxis yang menang BESAR. Plan paling murah untuk Maxis Fibre ialah RM148 sebulan dengan kelajuan 10Mbps, namun TM Unifi sebulan kena bayar RM149 DAN kelajuannya hanya 5Mbps. Jadi? Dari segi harga pun TM dah kalah. Cuma kelebihan TM ialah Hypp TV Channel sahaja. Dan setakat ini Maxis dan TM masih belum menetapkan kuota download limit sebulan. Jadi, jika anda nak puas hati, pilihlah Maxis Fibre!

CONNECTION? Tidak menjadi masalah. Asalkan tempat anda memang disahkan ada orang sedang menggunakan TM Unifi, atau pun semak je kat Maxis Centre kawasan anda ada coverage atau tidak. Bayaran untuk installation pula FREE. Jadi bil pertama anda cuma RM148 itulah. 

Ini saya ingin bercerita mengenai TERMINATION of using Maxis Fibre Internet. Mungkin KEBURUKAN Maxis ini ialah anda akan diikat kontrak selama 24 bulan. Jika nak terminate sebelum itu, kena bayar penalti RM500. TAPI jika tak nak terminate, dan cuma nak pindah ke rumah lain atas nama anda juga, bayar RM200 je. Masalahnya jika pindah rumah, kontrak 24 bulan itu akan diperbaharui balik. Elok-elok tinggal 2 bulan lagi kontrak habis, sebab pindah rumah, jadilah 24 bulan balik! Pindah milik RM50. Tetapi pemilik baru akan diikat kontrak baru 24 bulan juga.

Saya ada TIPS macam mana nak elakkan bayar penalti! Mungkin tak boleh cerita kat orang ni! Macam ini, saya nak terminate kontrak itu tetapi tak sampai 24 bulan lagi dan nak pindah lokasi seperti gambar dibawah. MEMANDANGKAN lokasi baru itu tidak mempunyai coverage, so automatically penalti RM500 dan bayaran perpindahan RM200 dilupuskan! Wahhh! Ada trick rupanya! Jadi gembiralah saya tak perlu pening-pening bayar benda tak patut. 


Itulah sedikit sebanyak mengenai kelebihan dan kekurangan menggunakan Maxis Fibre Internet berbanding TM Unifi. Jika ditempat anda mempunyai coverage, saya sarankan anda guna Maxis je. Lainlah jika anda nak Channel Hypp TV tu. Dan TIPS saya bagi itu, mungkin kebetulan je kot jadi rezeki saya. Wallahualam. Yang penting kena tanya dahululah ok!

5 comments:

Anonymous said...

Salam, nak tanya..hari itu ada cerita mengenai kerja oil dan gas kan ? Mcm mana dah kerja dlm bidang tue ?...

Bila cerita mengenai o&g x boleh pisah, client, maincon, dgn subcon...utk bekerja dgn syarikat client nie memang sukar ( kena ada pengalaman + belajar kena tinggi)..syarikat client nie mcm, petronas, shell dll...

then, untuk bekerja dgn syarikat maincon pulak..untuk graduan engineering tempatan biasanya xder byk masalah..cumanya peluang jer..ada atau tak..siapa cepat dia dpt...
jika ada pengalaman 1 atau dua tahun, dan ditambah dgn cert ndt atau yg berkaitan, rasanya tak berapa sukar...cth syarikat maincon o&g , kencana petroleum dan mmhe

Dan last sekali company subcon, yg nie memang banyak merata-rata..terutama kat johor...kebanyakan yg bekerja kat sini adalah pekerja mahir industri...tak belajar tinggi...tapi ada professional cert daripada international body dan juga dlm negara, mcm dosh, sirim, cswip, dll cth kerja...welder, scaffolder, safety officer, ndt, rigger, dll...takder spm, tapi gaji sgt lumayan..utk kerja dgn subcon, cumanya bila habis projek dan company takder projek standby...kita pun berisiko utk takder kerja jer lah...tapi bergantung kpd company juga...

tapi bila dah tekad untuk masuk bidang nie..x boleh main2...byk yg sekerat jalan jer..yg mana kerja dgn company subcon terutamanya, byk yg x sanggup bila company turun-naik....

Tapi jika dpt kerja dgn company maincon, ini semuanya company public listed...kukuh...

usia muda, tak perlu takut...:-)

Maestro Amad said...

Wassalam anonymous. Thank you for dropping a comment. For your info, apa yang u cerita tu mmg betul. I sblm masuk oil & gas, kerja kat kilang jepon je. Then masuk O&G 2.5 tahun sbb skg dah tukar bidang lain.kihkihkih..

Duk O&G semua I buat dr tender, sales dan logistic skit. tp sbb company tu tak kukuh sgt, jd I blah. Now at a MNC company.

Kepada yg brminat nk cari kerja dlm O&G, I tak dapat tlg sangat sbb dah kluar bidang. cuma kalau brminat tu silakan BACA ape Admin taip kat ruangan chatting kiri tu. TQ!

Anonymous said...

Hi, may i know Maxis fibre package can use my own modem? Or must the one provided by them?

Maestro Amad said...

Not sure about that. The best is to call their center and ask. Simple.

epul_sepul25 said...

tq for the info saya masih terfikir2 nak pakai unifi atau maxis fibre..sehingga harini maxis fibre masih ok lagi ke tuan guna?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...