Thursday, November 13, 2014

SENARAI 10: Kemalangan Jalanraya Tertinggi Mengikut Negara


Akhir ini alasan kenapa kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) semakin hangat dibicarakan di pelbagai media. Ada yang setuju dan tak kurang pula yang membantah. (Maklumlah, orang kita suka melawan). Tapi tahukah anda bahawa kadar kemalangan jalan raya di Malaysia memang sangat TERUK sekarang? Untuk lebih memahami, di bawah ini telah disenarikan 10 kadar kematian tertinggi pengguna jalan raya bagi setiap 100,000 orang penduduk di negara ASIA. (Penduduk Malaysia dianggarkan 27 Juta orang)

               (1)      THAILAND -38.1
               (2)      IRAN - 34.1
               (3)      IRAQ - 31.5
               (4)      OMAN - 30.8
               (5)      MALAYSIA - 24.8
               (6)      ARAB SAUDI - 24.7
               (7)      VIETNAM - 24.7
               (8)      YEMEN - 23.7
               (9)      JORDAN - 22.9
               (10)    CHINA - 20.5

Terkejut bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Kita antara 10 negara yang mencatatkan kadar KEMATIAN di jalan raya yang paling tinggi di Benua Asia. Jika di dunia pula, kita berada di dalam kelompok 20 teratas! Tahniah Malaysia! Dushhhhh!! Dan untuk perbandingan anda,  senarai 10 negara yang paling selamat bagi pengguna kenderaan di jalan raya di dunia ialah:

               (1)      MALDIVES - 1.9
               (2)      NORWAY - 2.9
               (3)      DENMARK - 3.0
               (4)      SWEDEN - 3.0
               (5)      SWITZERLAND - 3.4
               (6)      IRELAND - 3.5
               (7)      UNITED KINGDOM - 3.5
               (8)      ICELAND - 3.8
               (9)      NETHERLANDS - 3.9
               (10)    SPAIN - 4.1

Sesungguhnya nyawa tidak mungkin boleh diganti dengan sebarang nilai. Biar pun anda merupakan manusia TERKAYA di dunia,, tetapi anda masih belum boleh membeli nyawa. Maka, beringatlah biarpun semewah manapun kereta anda, sebesar manapun lori anda, sehebat manapun superbike anda, serempit manapun rempitan anda, janganlah EGO itu menyebabkan nyawa anda melayang. Sekurang-kurangnya jika anda "gila" kerana tak mengenal erti nyawa, bayangkanlah apa nasib orang yang akan anda tinggalkan seperti tunang, isteri, suami, anak-anak, ibu bapa dan sahabat handai.

1 comment:

noor liyana said...

Rempit rempit jugok..zaman muda zaman panas..tp ingat mati jugok..dh tua tak kan nak merempit lg..larat lg ke nk angkat motor..angkat takbir pn tak berapa nk betul..lengan longgar urat la..lengan tak boleh nk angkat betul la..
Dh tua baru nk berubah..tp alhamdulillah..ade jugok cahaya berubohnye..haruu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...