Saturday, November 1, 2014

TEKA-TEKI: Peristiwa Apa Anda Patut Rasa TERSANGAT Gembira?


Alhamdulillah, setelah 2 tahun, 5 bulan dan 10 hari aku berkhidmat di syarikat aku sekarang, tiba masanya untuk aku BERHENTI KERJA! Sejujurnya aku rasa prestasi kerja aku hanya biasa-biasa sahaja. Tak ada pencapaian yang boleh dibanggakan sangat dan tak pula ada yang terlalu teruk. 


Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan ini terjadi, diantaranya ialah kelemahan syarikat dalam menangani isu kebajikan pekerja, keadaan pejabat dan rakan sekerja yang tak membantu dan pelbagai lagi. Itu belum cakap lagi bahawa dah 3 kali aku bertukar Department, iaitu dari Manufacturing ke Marketing dan akhir sekali Tender. Memang bagus banyak belajar, tetapi belum cukup untuk membuatkan aku SERONOK bekerja disebabkan dengan faktor yang aku beritahu tadi.


Apa-apa pun, 31st October 2014 ialah hari terakhir aku di syarikat sekarang!! YEAY! Kepada yang pernah melaluinya pasti anda tahu perasaan aku inikan? Jom bercuti selama 1 minggu!! He..he..he…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...