Saturday, December 13, 2014

BERKESAN: Cara Kurus Dengan Minum Air Kopi

Kopi (Coffee) adalah antara minuman yang paling popular didunia selepas air kosong. Umumnya apabila bercakap mengenai kopi, ramai yang smengenali Starbucks, Coffee Bean, Gloria mahu pun McCafe (keluaran Mc Donalds). Ada juga yang sukakan 3 dalam 1 yang boleh dibeli di supermarket. Tapi sejauh manakah anda mengetahui khasiat air kopi? Berapa banyakkah anda minum sehari?


KEBAIKKAN MINUM KOPI

Seperti yang diketahui, rasa pahit kopi adalah disebabkan oleh kehadiran caffeine. Bahan ini sebenarnya dapat MENGURUSKAN badan kerana ia akan memberi tambahan "tenaga" kepada metabolisma di dalam badan untuk bergerak aktif, menjadi panas lalu menghancurkan lemak. 

CARA KURUS DENGAN KOPI

Waktu yang terbaik untuk minum kopi ialah 1 - 2 jam sebelum melakukan aktiviti berpeluh seperti jogging. Ini kerana ia akan membantu pembakaran lemak yang lebih berkesan. Kurangkan sebanyak mungkin penggunaan GULA atau KREMER. Jika nak tambah perisa pun, gunakan pemanis semulajadi seperti Sweetleaf, PureVia, Sun Crystal dan Truvia. Elakkan penggunaan gula tiruan seperti Equal, Sweet Twin, Nutrasweet dan Splenda. Kepekatan kopi pula tidak semestinya lagi pekat lagi bagus. Sekadar mengambil sebanyak 1 - 3 sudu teh pun sudah dikira memandai.


JANGAN MINUM LEBIH 2 CAWAN TEH SEHARI

Kerana dalam jangka masa panjang, caffeine yang terlalu banyak akan meningkatkan hormon cortisol dalam badan yang menyebabkan anda mahukan benda manis, masin dan berlemak. Selain itu, caffeine jika diambil dalam kuantiti yang besar juga akan menyebabkan tekanan gula dalam darah meningkat secara drastik dan kemudian turun secara mendadak. Ini akan menyebabkan anda merasa lapar dan nak makan banyak. Jadi elakkan minum lebih dari 2 cawan kopi sehari!


2 comments:

nitaherbal said...

saya baru tahu caffein b kita kuruisa buats ,,,terimaksih gan atas informasinya..

Maestro Amad said...

sama-sama. iya, boleh dicuba sebelum bersukan. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...