Saturday, December 6, 2014

DEFTECH: Buat Kenderaan Pertahanan Malaysia (Pekan, Pahang)

Baru-baru ini saya berkunjung ke Taman Industri Hicom di Pekan, Pahang untuk berjumpa dengan client saya di DRB-HICOM Defence Technology Sdn Bhd (DEFTECH). Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ini mungkin boleh menjadi RAHSIA kerajaan Malaysia. Namun mungkin bukan "Top Secret" lah kot. Apa-apa pun, nak masuk ke Deftech itu pun polis yang jaga, bukan senang. Tapi kat dalam kilang membuat kenderaan tentera Malaysia itu, sangat ramai dengan warganegara asing. Malahan client saya berbangsa Turki. Siap bawa basikal lagi untuk ronda-ronda.


Mungkin kita tidak mempunyai kepakaran lagi kot sebab banyak warganegara asing di Deftech itu. Hm. Oklah, bukan nak cerita apa sangat. Terima kasih kerana sudi membaca. Oh ya sekarang ini genap sebulan saya bertukar kerjaya dari bidang Oil & Gas kepada bidang lain. Company saya sekarang fokus kepada "Motion & Control Technology" dan sedang mencari Quality Engineer yang tahu selok belok dalam manufacturing. Jika berminat sila tinggalkan pesanan ya!

p/s: Sabtu (6 Dec 2014): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib melawat tempat ini tau.

1 comment:

Anonymous said...

ada kerja kosong ke deftech ni dan peluang sambung belajar ada ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...