Sunday, December 7, 2014

JIMAT: Kereta Elektrik Buatan Malaysia Bawah RM100,000

Berikutan dengan harga petrol yang mahal dan menyebabkan pencemaran udara yang teruk, maka lahirlah alternatif kepada petrol iaitu elektrik. Hybrid (gabungan petrol + elektrik) sudah ada, namun kini Malaysia bakal mengeluarkan kereta yang menggunakan kuasa elektrik 100% pada tahun 2017. Malaysia Automotive Institute (MAI) menyatakan bahawa prototaip kereta tersebut bakal siap pada September 2015 dan pembuatannya akan bermula pada 2016. 


Jika dibandingkan dengan harga kereta elektrik atau bahasa English nya; Electric Vehicle (EV) yang lain, harga RM100,000 adalah yang termurah! Selain itu, EV buatan Malaysia disasarkan mampu mencecah 300 KM selepas dicas penuh, manakala EV dipasaran yang dibuat oleh negara lain dan juga yang termurah (RM140,000) hanya boleh mencecah 140 KM walaupun setelah dicas penuh. 


Sehubungan dengan ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa TIADA cukai import dan eksais akan dikenakan kepada EV yang dibawa dari negara asing. Ini adalah sebagai langkah untuk menggalakkan teknologi hijau ini terus berkembang lagi dan juga dapat mengelakkan pencemaran udara. Disasarkan pada tahun 2020, EV akan menguasai 10% penjualan kereta di negara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...