Tuesday, December 9, 2014

TIPS BERKESAN: 5 Jenis Minuman Untuk Kurus Dengan Cepat!

Anda nak kuruskan perut anda? Sudah tentukan! Dibawah ini dikongsikan 5 jenis minuman yang boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori (lemak) didalam badan dan menyebabkan anda kurus dengan lebih cepat! Ingat, ini adalah cara mudah dan murah untuk kurus. Selamat mencuba!

(1) AIS KOSONG


Ehem-ehem. Pelik tapi menarik bukan? Biasanya bagi kita, minum air suam atau ais kosong ni sebab nak jimat duit je atau nak elak minuman manis. Tapi ada kebaikan disebaliknya terutama ais kosong kerana dapat membakar 100 kalori (lemak) atau bersamaan 4.5KG setahun jika diminum setiap hari! Ini berlaku kerana badan kita perlu membakar kalori untuk memanaskan air sejuk itu kembali kepada suhu asal badan kita. Senang dan murahkan? Jadi sudah-sudahlah tu minum Coke okay?

(2) SUSU TANPA LEMAK


Dah nama pun tanpa lemak bukan? Lemak dah tak ada, manakala kalsium di dalam susu itu dapat melemahkan hormon "calcitriol" yang menyebabkan anda gemuk! Hormon ini jika tak terkawal, boleh menyebabkan sistem "kegunaan kalori" didalam badan anda tidak aktif lalu boncitt lah anda.

(3) JUS SAYUR SAYURAN


Contohnya seperti jus timun dan lobak merah. Kajian menunjukkan bahawa meminum jus sayur-sayuran atau pun air kosong / ais kosong sahaja sebelum memakan apa-apa, dapat mencegah anda daripada makan lebih banyak. Dalam erti kata lain, pengambilan kalori didalam makanan dapat dikurangkan. Jadi lepas ini pergilah beli Blender satu dan buat jus di rumah!

(4) TEH HIJAU


Ada sesiapa suka? Sudah tentulah terbaik jika minum tanpa gula. Namun ada juga gula yang rendah kalori, cuma mahal sahajalah. Teh ini mengandungi elemen kafein yang meningkatkan metabolisma pembakaran lemak. Jika diminum 3 cawan sehari pun dah dapat meningkatkan metabolisma itu kepada 35% lalu menjadikan anda kurus lagi cepat!

(5) KOPI


Lebih kurang seperti teh hijau lah. Fungsinya sama sahaja, tetapi adakah anda tahu bahawa kopi atau minuman ber"ceffein" patut diminum paling banyak pun 2 cawan sahaja sehari? Kerana apa? Mungkin anda memang patut tahu. Jadi sila ke link SINI untuk lebih lanjut. Selamat membaca!

1 comment:

noor liyana said...

Ais boleh kuruskan badan..
Nope!!!!!!!!!!!!
Lg sejuk sesuatu fluid lg payah nk bakar lemak..
Klu nk bakar lemak kene hot fluid..or hot food

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...