Saturday, January 17, 2015

MENARIK: Penggambaran Filem Blackhat (2015) Di Malaysia!


Filem mengenai "penggodam siber" ini sebenarnya telah dilakukan penggambarannya di beberapa tempat di Malaysia. Pada tahun 2013, antara tempat yang terpilih ialah Port Klang, Putrajaya, Pulau Pangkor dan Lumur, Perak. Eh.. semuanya kawasan yang mempunyai "air" di persekitarannya? Filem ini telah mula ditayangkan pada 15 Januari 2015 baru-baru ini. Sudah pastilah rakyat Malaysia mesti mahu menontonnya! Sebab selain daripada faktor penggambaran filem Blackhat di Malaysia, pelakon utamanya ialah Chris Hemsworth  atau mungkin lebih dikenali sebagai Thor (Avengers).


Selain itu, heroin filem ini ialah Wei Tang yang suatu ketika dahulu sangat popular dengan filem hitnya yang juga filem pertamanya pada tahun 2007. Hero kedua pula ialah Wang Lehom. Namun meskipun watak utama ramai dari negara China, tapi cerita ini ialah Hollywood yang punya. Antara babak dalam cerita ini adalah seperti dibawah. Cer teka yang mana satu kat Malaysia?





Trailer Blackhat ini menarik juga! Pastikan anda berumur 13 tahun keatas sebelum menontonya!
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...