Monday, March 30, 2015

PENERANGAN JELAS: Kesan GST 6% Kepada Anda


ZAMAN SEBELUM PERLAKSANAAN GST

Era GST bakal bermula 1 April 2015 nanti. Dikhabarkan bahawa kebanyakan harga barang dan sebagainya akan NAIK dan bukan turun (mungkin TIADA yang turun!). Harga yang KEKAL sama ada tapi tak banyak. Saya sebenarnya sangat kesian kepada nasib orang yang tak berkemampuan. Contohnya yang bergaji RM1,200 dan tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin dia berasal dari Pahang misalnya. Harga tiket bas pun dah melambung apatah lagi yang lain. Gaji sebanyak itu kalau dah kahwin beranak 1 atau 2...kesiannya. ZALIM kah kerajaan Malaysia ini? Jika kerajaan perihatin, sekurang-kurangnya tetapkanlah gaji paling rendah RM1,500 ke. Kan? Oklah, berbalik kepada tajuk, antara perkara yang saya tafsirkan dalam 2 hari sebelum GST ini ialah:

SIKAP PENGGUNA

Berpusu-pusu membeli barang keperluan terutama yang mahal-mahal. Misalnya kipas siling. Sebabnya kalau harga sekarang RM350, nanti kalau dah ada GST, kena bayar 6% x 350 = RM21 lebih. Kalau beli 2 buah kipas? Dah pun RM42 kan? Duit sebanyak itu baik guna untuk isi petrol, boleh juga bertahan 5 hari bekerja. Jadi, apa tunggu lagi, keluarkan duit anda itu, jangan tunggu-tunggu! HAHA. Tapi dinasihatkan disini, berbelanjalah mengikut kemampuan wokey?


SIKAP PENIAGA

Ini yang saya tak suka dengan perangai kebanyakkan daripada mereka, terutama yang menjual alatan elektrik dan sebagainya. Bila datang kedai, mereka cakap sudah tak ada stok, tunggu stok atau lori belum sampai. Macam-macam alasan! Ada juga yang "extreme" sikit sampai cakap "ramai sangat customer datang sampaikan set display pun mereka beli". Wahhh banyak maju ya taukey? Hmm. Mereka buat macam ini sebab nanti bila dah ada GST, baru jual dengan harga lagi mahal. Alasan waktu itu mesti logikkan sebab GST? Nak untung besar dengan menipu macam itu lah.


KESIMPULAN PERLAKSANAAN GST

Kajian membuktikan GST memang boleh memajukan negara. Kadar 6% yang kerajaan Malaysia umumkan sebenarnya masih ditahap "OK" tetapi agak "Keterlaluan". Sebagai contoh, Singapura melaksanakan 3% pada permulaan dan sekarang sudah maju mereka (saiz negara kecil mungkin memainkan peranan juga). Tapi Indonesia dan Thailand masing-masing 10% pada permulaan, jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Mereka sebenarnya lagi maju terutama dalam sains dan teknologi, tapi dari segi ekonomi entah ler. Mungkin sebab kestabilan politik dan saiz negara memainkan peranan juga. Sebab itulah GST 6% masih "OK". Tetapi memandangkan memang negara kita sekarang sedang tenat ekonominya, mungkin 2% atau 3% lebih elok untuk dilaksanakan.

Akhir kata, jika anda tak nak tanggung beban GST, jadilah peniaga. Sebab peniaga tak perlu bayar GST. He..he..he... Dan juga sudah terlambat untuk menghentikan GST. Siapalah kitakan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...