Tuesday, March 3, 2015

PERSONAL LOAN: Interest Bank Terendah? Yang Mana?

Tadi pergi ke bank tanya mengenai personal loan. Tapi banyak yang tak lepas semata-mata kerana monthly commitment saya sekarang sudah melepasi 50% daripada gaji bersih. Maklumlahkan, kerja makan gaji, beginilah jawapnya. Kepada sesiapa yang nak tahu mengenai personal loan, silakan baca dibawah. Ini ialah apa yang saya faham dan dapatkan infomasi daripada pihak bank sendiri..
 
 
BANK RAKYAT

Ramai orang cakap kalau buat personal loan bagus kat bank ni sebab interest rate rendah. TAPI hari ini saya tanya banker, dia cakap jika company yang kita kerja itu panel bank dia bukan Bank Rakyat, memang 100% pemohonan kita tidak akan LULUS. Tapi jika nak juga, kena tukarlah panel bank company kita tu ke Bank Rakyat. Hello~ awak tu boss ke nak decide benda-benda macam ni?? Hurm.. jadi melepaslah saya ya, so kita pergi ke next..

BANK ISLAM

Dikhabarkan bumiputera mudah mendapat kelulusan. Tapi syaratnya ialah gaji kasar + allowance kena RM3,500 ke atas dan ada payslip 3 bulan. Minimum boleh pinjam RM10,000 dan paling banyak 10 kali gaji + allowance. Juga dengan syarat monthly commitment sekarang tidak melebihi 50% atau dalam erti kata lain, jika buat loan ini, apabila dicampur dengan commitment sekarang, mestilah rendah dari 50%. Jumlah yang boleh pinjam bergantung kepada berapa banyak % lagi untuk 50% itu. Katakan jika 5%, mungkin RM15,000, jika 10% mungkin RM20,000 (anggaran sahaja). Susah jugakan Bank Islam ni? Tapi sebab yang 50% itulah saya tak lepas juga. Wuwuwu.. 

TAPI banker dia cakap ada penyelesaiannya iaitu dengan refinance rumah yang saya beli itu. Contoh jika rumah saya beli harga RM280K, tapi lepas check, market value RM350K. Jadi bank akan benarkan pinjam 90% dari RM350K itu iaitu RM315K. Setelah lulus, RM300K tu bayar ke bank yang buat pinjaman asal (jadi interest akan automatic lupus atau mudah cerita, rugilah bank asal tu..hehehe). Baki RM35K itu bolehlah bayar balance loan kereta pula. Akhirnya, kereta dah tak payah bayar. Dulu mungkin monthly commitment RM1300 (rumah) + RM600 (kereta) = RM1900, tapi sekarang akan jadi RM1500 untuk rumah sahaja (sebab loan naik dari RM280K ke RM350K). Dah jimat RM400 setiap bulan. Simple. Bukan? NAMUN, hati saya ini masih teragak-agak untuk buat macam ini... dah la kerja sekarang masih dalam probation period..

EASY By RHB BANK

Antara program paling popular oleh RHB bank sekarang ini. Tapi sama juga macam Bank Islam, disebabkan monhly commitment saya sudah mencecah 50%, pemohonan tidak berjaya. Usahkan RM10K, RM5K pun belum tentu lepas. Aduh...dugaan..dugaan.. 

MAYBANK

Yang ini pun popular jugak untuk dibuat personal loan. Tapi bank akan recommend 4 kali gaji basic sahaja tak termasuk allowance. Katakan basic RM4,000 jadi maksimum boleh pinjam RM16,000 sahajalah. Tapi seperti bank lain, kelulusan bakal bergantung kepada monthly commitment.

CIMB BANK

Maksimum boleh pinjam ialah sebanyak 10 kali gaji kasar tapi tetap kena tengok dahulu kepada monthly commitment. Tadi saya tak tanya banyak bank ini sebab dah tahu interest Cimb Bank memang antara tertinggi untuk personal loan.


KESIMPULAN:

Rasanya semua bank akan tengok kepada monthly commitment kita dahulu sebelum beritahu berapa jumlah sebenar kita boleh pinjam. Dan setakat ini, interest rate yang terendah ialah Bank Islam, kedua Maybank. Interest rate kat kedua-dua bank ini pula tak berubah saban tahun. Cuma untuk Bank Islam, makin lama anda pinjam makin tinggi interest dikenakan tapi MASIH rendah berbanding CIMB! Hmm..pihak bank je kot cakao interest, tapi bagi kita itu ialah BUNGA. Oh~lala~

7 comments:

Mizie_termizi@gmail.com Termizi said...

Biasa lh bank islam pn ad riba.haha so haram lh kn

mamamia said...

sure ke bank rakyat antara yg paling rendah interest rate die??ade yg kata tak. Saya x reti benda2 mcm ni..cuma nak tahu jg bank mana yg ok sbb tgh berkira2 nk buat personal loan huhu

Maestro Amad said...

setakat Sep 2015, mmg bank rakyat masih terbaik. cuma kalau tmpt keje kita tu panel bkn bank rakyat ssh la sikit..

nurul nadirah azman said...

Sy bru tnye smlm personal loan utk bank rakyat ... Dorang ckp polisi baru rm1600 akn d tolak sbg kos sara hidup .. Balance klaw ciput je mmg xlps laaa ...

Rashid Rockstar said...

Ye betul kata nafirah. Sy juga pergi bank rakyat. Ade syarat baru iaitu masuk kos sara hidup

Maestro Amad said...

Tu cerita b.rakyat. Kalau b.Islam basic kena 3.5K keatas baru lepas. Kalau tak silap company kite keje tu kena listed dlm bursa / mnc..wallahualam. tp yg plg senang easy by RhB. Guna mykad je.

Scueha Cha said...

kalau keja gov, elok ambik mana ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...