Thursday, March 5, 2015

TEKNIK BIJAK: Cara Buat Bisnes Hartanah Dengan Untung Besar

Ehem-ehem. Zaman sekarang ini orang kata selain EMAS, kekayaan paling tinggi selepasnya ialah bisnes HARTANAH. Apa itu hartanah? Harta di atas tanah kot! Wakaka. Hm. Ok. Sebenarnya saya bukan pandai sangat pasal petua membuat bisnes ni, tapi sekadar berkongsi pandangan dan bacaan saya di internet tempoh hari. Mungkin betul juga apa yang anda akan baca dibawah. 


Hartanah yang dibeli sebelum pembinaan siap boleh menjana pendapatan lebih tinggi daripada hartanah yang sudah siap pembinaan. Ini kerana sudah semestinya harga rumah siap jauh lebih TINGGI daripada yang belum siap. Contohnya jika beli condomium belum siap berkeluasan 1,200 sqft yang beharga RM350,000. Selepas siap, harganya boleh naik 20 - 30% tau. Katakan anggaran harga naik kepada RM450,000. Anda sudah untung RM100,000. Tunai. Panas tak dengar??

Sebelum itu haruslah anda tahu bahawa biarpun kita buat loan RM350,000 itu, tapi disebabkan BUNGA, dan katakan tempoh loan 30 tahun, sebenarnya anda berhutang hampir dua kali ganda atau senang cerita RM700,000 kat bank! Tapi jika anda langsaikan hutang RM350,000 itu sekali gus tanpa tunggu 30 tahun, maka gugurlah bunga bank (jadi layu..hihihi). Akhirnya tamatlah riwayat hutang anda di bank tersebut. Masalahnya bagaimana nak dapatkan RM350,000 dalam masa sebulan?!!



Sebab itulah anda jual rumah yang baru siap itu. Seperti diceritakan di perenggan kedua, Bila dah dapat RM450,000 jadi teruskan bayar bank RM350,000 itu. Duit lebih RM100,000 tu anda buatlah modal deposit untuk rumah kedua, yang juga rumah yang belum siap. Kali ini katakan modal diperlukan RM50,000 je sebab harga RM500,000 (jika kira 10% deposit). Lebihan RM50,000 itu buatlah beli rumah ketiga pula. (HAHA banyak betui rumah nak bantai beli). Lepas siap, katakan kedua2 rumah baru naik ke RM650,000. Jadi bila dah terjual, bukan dah dapat RM300,000 ke? Dan semua ini katakan dalam masa 5 tahun je! Itu baru 3 rumah, kalau 5 macam mana?



Hmm..oklah itu saja yang saya boleh ceritakan. Saya ni bukan expert dalam bidang ni. Mungkin pengiraan atau penjelasan saya diatas ada salahnya. Otai-otai yang baca artikel ini tolong betulkan ya. Saya budak baru belajar. Tapi saya rasa sedikit sebanyak ada yang betulnyakan? Bolehlah juga dibuat panduan. Akhir kata, jomlah sama-samalah kita membantu kesenangan orang lain. InsyAllah.

p/s: Semua gambar diatas adalah condomium baru saya. Lokasi Klang. Ada sesiapa boleh kirakan market value?

4 comments:

Cik Candy said...

Wah menarik ni.. Kumpul harta banyak2 (=
#singgah follow

Nurul Shahira said...

Tapi, bahaya juga permainan dunia hartanah ni. Kena betul-betul cari developer yg reliable, lokasi yg memang betul2 harganya akan naik 2, 3 tahun kemudian.
Most people afraid to involve in hartanah sebab takut rugi. Loan dah lulus, projek tak jalan. Fengsannn.

*Just my 2 cents. Peace ^^

Maestro Amad said...

@ Cik Candy:

InsyAllah kalau di izinkan olehNya =)

@ Nurul Shahira:

Yes definitely. Memang kena banyak study sebelum buat investment. Sebab itu susah nak buat. Tapi pulangannya lumayan.

azwan said...

Nak jual rumah kena ambik kira keuntung sebelum beli dan selepas jual juga...yg penting cost guaman...renovation and....rptg tax yg mane sekarang...agak tinggi 30 % tgk berape tahun pemilikan....cth kalo untung 100k tolak guaman 10k tolak ..renovation 10k ...n rptg 30k....so bebaloi....jual ke sewakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...