Saturday, March 21, 2015

TIPS: Tempat Membeli Hantaran Kahwin Shah Alam

Adakah pertunangan itu suatu perkara yang wajib sebelum melangsungkan majlis perkahwinan? Jawapannya bukan. Kerana bertunang tiada didalam syarat SAH suami isteri. Yang wajibnya hanya akad nikah. Tapi hari ini 21 Mac 2015, ialah hari pertunangan saya! HA.HA.HA. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana melimbahkan kasih sayang antara kami berdua dan membenarkan urusan pertunangan kami ini berjalan lancar. Disebabkan saya ini orang MELAYU, jadi adat pertunangan itu mesti kena bawa sedikit hantaran. Pihak perempuan juga akan membalasnya. Tak gitu? Antara paling best adalah seperti dibawah ini - Chocolate Ferrero Rochelle kegemaran saya!


Kepada anda yang tercari-cari dimana nak beli barang hantaran, antara tempat yang saya boleh cadangkan terutama kepada yang tinggal di Shah Alam ialah:

- Seksyen 9: Bersebelahan kedai lampu Achiever, depan kedai makanan Arab Zam Zam.
- Seksyen 16: Tak ingat nama kedai, tapi tutup awal pukul 6.00PM
- Seksyen 18: Depan Mydin, menghadap ke apartment. Ada 2 buah kedai sederet situ.
- Seksyen 23: Berdekatan Bank Rakyat

1 comment:

Si Kerdil said...

HantaranKu
B1-11-G ground floor SPACE U8
BUKIT JELUTONG Shah Alam
Tel 012 283 2864
FBpage HantaranKu
Instag HantaranKu_shahalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...