Thursday, April 16, 2015

HUKUM: Berseluar Pendek Pada Hari Jumaat

Adakah saya sahaja atau memang ramai yang perasan? Iaitu mengenai tidak menunaikan SOLAT. Entah kenapa. Sya tengok disekeliling saya sangat banyak orang memperlekehkan solat. Di tempat saya bekerja misalnya, ada rakan ni, kerja dia bagus. Selalu juga nak perhatian macam dia buat kerja bagus semuanya. Bercakap atau gelak seolah-olah dia yang terbaik. Tapi tak pernah saya lihat dia bersolat. Rakan saya seorang lagi pula sudah beristeri. Setiap tengahari dia makan bersama anak dan bini dia kat kedai mamak. Kadang-kadang saya ikut sekali. Sembang memang tak kalah.Suka buat lawak. Kerja pun ok. Tapi tak pernah pula nampak bersolat?


Ok yang ini yang bersolat pula. Ada rakan saya bersolat dihujung waktu Zohor (kadang-kadang saya rasa dah masuk Asar waktu dia solat tu) sebab tak nak tunggu lama untuk solat seterusnya. Yang satu lagi pula bersolat juga tapi masa dia ambil untuk tunaikan ibadat tu tak sampai 2 minit. Ntah baca apa. Saya pula? Sebenarnya saya bukanlah alim sangat. Tapi cukuplah solat 5 waktu sehari semalam. Dan waktunya tak pernah dipenghujung. Alhamdulillah.

Itu belum tengok lagi solat JUMAAT. Zohor masuk waktu pukul 1.20pm katakan. Kaum lelaki kan wajib mendengar DUA khutbah sebagai syarat sah solat Jumaat. Tapi kadang-kadang saya nampak pukul 1.10pm pun baru turun dari kereta dengan rakan-rakan nak pergi makan. Mukanya gelak riang seperti tak ada apa nak risau pasal khutbah. Nampak macam dah kahwin. Wallahualam. Yang lagi OTAI, 10 minit sebelum masuk waktu tu masih berseluar pendek jalan berpegangan tangan dengan girlfirend yang tidak pula memakai tudung. Mereka juga ke kedai makan.

Minta maaf jika ada yang terasa atau ada kawan anda yang bersikap begitu. Saya cuma pelik kenapa kita terlalu mengambil ringan bab sembahyang? Kalau bab DUIT je, terus besar mata, tak boleh tunggu, kena buat waktu itu juga. Mak ayah mereka ni tak beri didikan agama yang cukup ke? 

Ini pula pasal solat Jumaat. Waktu mendengar khutbah, saya perasan ramai betul yang suka BERSANDAR. Kadang-kadang sampai menghalang laluan. Ada juga bermain handphone, game, facebook pun ada. Tak kurangnnya dengan bercakap. Yang bersolat Tahiyatul Masjid (sebelum duduk dalam masjid) pula suka bersolat di belakang. Orang nak lalu depan teragak-agak. Padahal depan luas lagi ruang kosong. Akhir sekali kes tidur. Ni tak dapat dibuat apa-apa. Sebab kalau letih macam itulah. Cuma janganlah dibuat sebagai tabiat. Ye dok?


Akhir kata, semoga mereka yang tersimpang sedikit itu diberikan petunjuk daripada Allah untuk memperbetulkan kesalahan diri. Dan kepada anda dan saya juga, semoga Allah memberkati ibadah kita dan mengurniakan hidayah untuk terus melaksanakan suruhan-NYA. Sesungguhnya kita tidak akan tahu bila kita akan MATI. Tetapi sebelum terlambat, eloklah kita berusaha membuat perkara yang betul dan meninggalkan segala larangan-NYA. InsyAllah. Amiin.

p/s: Tajuk post sebenarnya untuk menarik minat anda membaca sahaja. Hukum pakai seluar pendek itu mana ada. Cuma jangan pakai seluar pendek ketika pergi ke masjid sudahlah.

1 comment:

noor liyana said...

Solat itu tiang agama..
Tanpa solat mane2 amalan dok diterima..
Mati tak kire usia..
Muda atau tua allah boleh tarik bile2 mase je..
Kadang2 aku menangis kerana agama ku..
Kadang2 aku menangis kerana perjuangan ku..
Kadang2 aku menangis kerana berat memikul amanah allah yg tak disanggup olh org lain..
kadang2 aku menangis kerana aku cintakan allah..
Kerana semua ini, sehinggakan aku minta mati dgn allah..
Lebih baik aku pilih ukhrawi klu duniawi ini penuh maksiat..
Lebih baik aku bernyawa di ukhrawi..
Allah maha mendengar rintihan perjuangan ku dlm doa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...