Wednesday, April 8, 2015

ISU SETERUSNYA: Perlaksanaan GST Di Bulan Ramadhan?

Okay, sudah lebih seminggu GST dilaksanakan. Apa khabar orang Malaysia!!!?? Sekarang ini hampir semua harga barang naik. Petrol RON95 yang dikhabarkan tak naik akan naik juga tak lama lagi. Masih ingat lagi, di Bazar Ramadhan tahun lepas, kuih muih biasanya dijual RM2 untuk 5 biji di kebanyakan tempat. Tahun ini silap-silap RM2 untuk 3 biji. Entahlah. Ini andaian semata-mata. 

Mungkin ada diantara kita masih belum merasai kesempitan ini kerana GST masih baru. Cuma bagi yang selalu makan diluar atau lepak shopping mall je setiap minggu mungkin merasalah. Orang banyak duit? Wallahualam. Tapi orang yang miskin tu telah mendapat gelaran baru iaitu PAPA kepada kedana a.k.a. papa kedana dibuatnya. Kesian bukan? Seperti dizalimi pula. Diamanakah keadilan? Apabila rakyat bersuara ada satu je jalan penyelesaiannya - akta hasutan.


Tapi seandainya Perdana Menteri Malaysia bertukar, siapakah yang selayaknya memegang jawatan tertinggi itu? Sejujurnya saya memang tak terfikir nama sesiapa. Maklumlah saya ni bukan mengikuti sangat perkembangan politik. Cuma yang saya fikir, katakan jika bukan kaum Melayu yang memerintah, susah nanti kaum terbesar itu (termasuk saya) untuk naik balik. Sudah zahirnya kita tengok, orang Melayulah yang berlagak bagai tetapi ilmu yang dimiliki tidak sehebat mana pun.

Oh, mungkin ada yang berjaya dan mengatasi orang lain dan juga yang terpenting - memperjuangkan kaum Melayu sendiri. Contohnya Syed Mokhtar Al-Bukhary yakni antara jutawan tersohor di Malaysia. Baguslah untuk beliau. Kita bila lagi? Complain je ke kerjanya? Bila nak terjemahkan kata-kata kepada usaha? Fikir dan renungkan wahai sahabat semua (termasuk saya). Akhir kata, bak kata pendekar kita, "Takkan Melayu hilang didunia". Tetapi, apa maksudnya?


p/s: Sesungguhnya artikel ini bertujuan untuk mengajak anda semua memikirkan apa akan jadi kepada bangsa kita dan bukannya untuk menambahkan lagi sengsara politik tanah air dengan tuduhan dan maki hamun. Dan yang maha kuasa dan maha adil tetap Allah s.w.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...