Friday, May 8, 2015

MEMPERSEMBAHKAN: Cinta VS Suka, Lahirlah Cinsu? Atau Taka?

Adakah anda sedang dilamun cinta, sedang bercinta atau sudah putus (oppss...sorry)? Mungkin anda terbiasa dengan ungkapan "Cinta pandang pertama"? Ustaz saya pula pernah cakap cinta yang paling kuat ialah cinta PERTAMA seorang wanita yang digabungkan dengan cinta TERAKHIR seorang lelaki. Auww..romantis gitu! Tapi sekejap. Anda fahamkah apa maknanya cinta? Ke main cakap je?


Bagi saya, cinta itu adalah perasaan berbeza sangat dengan suka. Contohnya, jika kita terpandang perempuan sangat cantik dan ayu, mungkin kita sebenarnya "jatuh suka" padanya dan bukan "jatuh cinta". Tahu kenapa? Sebab erti cinta sebenarnya ialah sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan orang yang dicintai..DAN menerima seadanya kelemahan orang yang dicintai.


Kenapa ada ungkapan "U ni, cakap I love U kat mulut je, tapi hati ingat perempuan lain"? Sebabnya si lelaki tersebut tidak memahami cinta. Dia sukakan perempuan itu dan bukannya cintakan perempuan itu. Contoh lain, andai kata, hari itu anda sangat letih bekerja dan pulang kerumah. Malam itu ada perlawanan bola sepak pasukan kegemaran anda pula. Tapi di rumah isteri anda teringin sangat nak makan seafood yang letaknya 1 jam perjalanan dari rumah anda. Tambahan lagi isteri anda nak ajak adik beradik dia dua orang. Sanggupkah anda wahai suami menunaikan permintaan isteri?

Inilah dinamakan cinta, sanggup buat apa sahaja. Untuk contoh diatas, tak semestinya suami mengalah. Tapi jika boleh, apa salahnya mengikut je apa isteri nak bukan? Dahla isteri tak tahu masak, tapi sebab suami suka sangat makan ketam masak 3 rasa, masaklah juga dia. Itulah kasih sayang sejati. Baru bahagia rumah tangga.


Kesimpulannya, saya nak merepek je dalam post kali ini. HAHAHA. Tapi yang penting kita boleh renungkan, sebenarnya kita cintakan pasangan kita atau sekadar suka? Jika suka sahaja, jangan terlalu serius dan buat keputusan tanpa berfikir panjang. Sebab apabila kita merasakan cinta yang sebenarnya, alangkah manisnya. Dan ini adalah cinta sesama manusia, jangan lupa kepada pencipta kita pula. InsyAllah. Terima kasih kerana membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...