Monday, July 6, 2015

LIRIK DAN VIDEO: Drama Band - Biar Patah Hatiku


Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja..berakhir disini..

Biar patah hatiku, biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku..lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja..berakhir disini

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka... 


Entah kenapa, lagu ini terasa "dalam" sangat untuk aku. Seolah-olah apa yang aku sedang fikirkan dan rasa dihati telah diluahkan seperti lagu ini.. (Okay, walaupun umur dah lewat 20-an, masih berjiwang karat wokehh). Tapi memang terasa sangat...seperti aku nak cakap "Biar patah hatiku.. biarkanlah..aku pergi demi hidupmu...". Sedihnya... Sebab kenapa?

Pernah tak anda berada dalam situasi mencintai dan menyanyangi kekasih, tunang ataupun suami isteri tapi rasa seperti tak boleh nak teruskan hubungan itu. Anda mahu dia bersama anda selamanya. Demi mengekalkan kenangan terbina dan janji terlafaz sekian lama. Mungkin sudah 2 tahun, 4 tahun, 6 tahun mahupun 10 tahun. Seperti tidak sanggup melepaskan. Ingin bertahan juga sebolehnya. Dan menganggap selisih faham itu perkara normal. Anda akan berubah dan harapkan dia berubah jua. Tapi konflik yang berlaku makin parah saban hari. Seperti tiada penghujungnya....

Anda tahu jika hubungan ini diteruskan, anda tidak mungkin bahagia. Dan yang terpenting, dia tidak akan bahagia juga. Maka dengan berat hati dan perasaan yang teramat sedih, anda terpaksa melepaskan dia. Tapi....anda...masih...tidak...mampu! Jadi anda pendamkan didalam hati sedalamnya. Dan cuba lagi membaiki kesilapan yang tiada pengakhirannya itu....

Itulah hati aku sekarang.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...