Monday, August 17, 2015

TIPS: Cara Berniaga Kuih Bahulu Dengan Berjaya


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada para pembaca! (Walau dah berakhir)

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, kita meraikan hari yang penuh suci ini. Tetapi sana sini ramai yang berbicara mengenai 2 perkara. PERTAMA ialah cuaca yang sangat PANAS. Berpeluh-peluh nak berjalan raya. Ini telah menyebabkan ramai yang suka duduk dirumah sahaja. Jadi kuranglah rasa kemeriahannya. KEDUA ialah ekonomi Malaysia yang tak STABIL. Sampaikan nak keluarkan duit raya pun kena bajet. Jadi kesimpulannya, Raya tahun ini kurang meriah daripada raya tahun lepas.

Tapi yang aku nak ceritakan kali ini sebenarnya ialah mengenai bisnes kuih bahulu. Hari terakhir puasa hari itu aku pergi membeli kuih bahulu di sebuah kedai di Kampung P. Rusa, K. Terengganu.

Menurut cerita taukey yang sangat ramah itu, dia mula berniaga sejak tahun 2007 lagi. Kini berumur 33 tahun dan dikurniakan 2 orang anak, bisnes bahulunya sudah berkembang maju. Malahan berfikir untuk membuka cawangan ke 6 lagi! Pada mulanya, susah untuk mendapatkan ramai pelanggan. Selama 3 tahun dia terpaksa berusaha untuk menambah rasa bahulunya malahan tak laku pun ada. Berkat kesabaran itu, akhirnya dia mampu mencapai keuntungan yang lumayan seperti sekarang.


Microwave besar untuk memasak bahulu cuma berharga sekitar RM3,000 dan boleh masak dalam lima puluh biji dalam satu masa. Ketika saya membeli, harga untuk sebalang atau 20 biji ialah RM12. Namun cawangan kuih bahulu miliknya di PKNS Shah Alam jualan ialah dengan harga 12 biji RM10. Agak berbezakan! Tapi tengok tempatlah. Mungkin tapak sewa jualan di PKNS mahal jadi terpaksalah naik harga. Kesedapan? Rasanya memang yang terbaik pernah aku makan!


Kesimpulannya, untuk berniaga kuih bahulu dengan berjaya, anda perlu cuba jaya sampai bahulu itu sedap, mudah dimasak, tahan lama dan berkos rendah. Jangan putus asa walau sudah bertahun tak menjadi, kalau betul2 nak, insyAllah, tuhan tunjuk jalan. Dan terakhir, cubalah bermesra dengan pelanggan. Baru pelanggan suka kita dan nak datang lagi. Emm. Lokasi strategik juga memainkan peranan! Semoga berjaya!!

1 comment:

noor liyana said...

Mari tganu x kabo ke org..
Kalu x boleh gi jalan2 same..
ke ade anak beranak dekat tganu nie..
Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...