Friday, September 11, 2015

SERVIS KERETA: Murah Sekitar Shah Alam?

Minggu lepas baru je servis kereta myVi ku. Nama keretaku ini ialah "Black Knight". HAHA. Usia baru hampir 5 tahun. Tapi disebabkan Knight ini mempertahankan Rajanya (yakni saya), jadi telah lekat calar-calar yang panjangnya 1 meter. Waduh! Siapa punya JILAKE sangat ini? Orang kata tak sah kan kalau kereta kita tak calar disebabkan oleh individu-individu jilake ni. Ok, keretaku ialah:


Saya sebenarnya selalu servis di Perodua Center. Tapi kadang-kadang sakit hati sebab habis servis je, ada saja skru hilang kat bahagian enjin. Kesan tangan bekas minyak pun ada di stereng. Yang paling tak suka pernah sekali, key chain kesayanganku dirembat technician Perodua. Memang diakui minyak hitam dan barang spare part yang lain adalah terbaik di Perodua Service Center. Tapi saya rela pergi ke kedai biasa2 je nak tengok depan mata depa duk servis. Boleh belajar dan complain direct kalau tak puas hati. Harga pun murah sikit terutamanya labour charge.


Gambar diatas ialah minyak hitam yang saya prefer disebabkan prestasi yang bagus. Memang pikap habis kereta selepas tukar yang baru. Cuma SEMI SYNTETIC lah. Jadi selepas 5,000KM, dah kena tukar. Saya beli kat Stesen Minyak Shell je. RM138 sebotol. Kalau yang FULLY SYNTETIC RM230 kalau tak silap (5W-20) - 7,500KM baru tukar.


Auto oil (untuk kereta transmisi AUTO sahaja) diatas ialah keluaran Perodua. Saya tukar lama dah, masa mileage 80,000KM hari tu. Auto oil ni sebaiknya guna original baru best. Setiap 40,000KM kena tukar sekali. Dan sekali tukar guna 4 botol, berjumlah RM100 kalau tak silap.


Yang ni baru je tukar minggu lepas. 2 setengah botol diperlukan. Tapi sebab tokey tak jual setengah, belilah 3 botol. Balance boleh simpan untuk tukar lain kali bila servis lagi. Jumlah, RM100 kesemuanya termasuk labour charge. Murah ke? Otai-otai boleh bagi pendapat?

Tempat servis selalunya di WCC Auto Section 24 Shah Alam. Tapi dah tutup baru2 ini. Tak pastilah kenapa. Mungkin pindah kedai kot? Disebabkan itu, saya ke tempat servis kereta area seksyen 25 (Sri Muda). Kedai nombor tiga dari kiri, terletak dihadapan Perodua Servis Center. Lepas ini tak pastilah nak pergi kedai mana lagi nak servis. HAHA. Ada pendapat kat mana yang bagus? Bagus tu maknanya harga murah, mesra pelanggan, barang original dan mungkin ada after service call?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...