29 Februari -
Hari LOMPAT seBUMI!
Sempena
hari yang bertuah dan datangnya setiap empat tahun sekali je ni, aku nak bercerita sikit
mengenai perjalanan hidupku baru-baru ini. HAHA.
LAMA TAK
UPDATE BLOG
INCOME
MELALUI NUFFNANG
Engkorang ni
percaya ke kat Nuffnang? Memang tak dinafikan ada yang menjana pendapatan
melalui Nuffnang. Setiap bulan pun ada. Tapi aku? Straight to the point, sejak
8 tahun lebih berblog, aku berjaya mengumpul RM250 + sahaja. Banyak ke? Kalau
ikutkan nilai memanglah sedikit tapi siapa nak bagi jumlah tu percuma? Percuma
maksud aku tak perlu bayar yuran ahli ke, duk jumpa orang buat sales ke. Anda
hanya perlu letakkan banner kat blog dan seangkatan je. Mudah. Jadi bila dah
sampai ke RM250+ tu, aku buat keputusan untuk keluarkan semua. Lepas hantar
request cash out kat Nuffnang, so tunggulah aku sampai hampir DUA bulan!
Macam-macam follow up dah buat. Email mula2. Last sekali aku call office
diorang. Susah juga nak berangkat. Then mereka
feedback bahawa aku ada “clicking fraud”. Weh, sape selalu datang blog ni buat
benda ni kat blog aku ni? Tapi tak kisahlah fraud ke, frog ke, fog ke, yang
penting aku tak puas hati dengan Nuffnang! Setakat RM250+ selama 8 tahun lebih,
takkan berkira sangat? Ah. Malas duk fikir. Jadi aku dah decide nak delete je
banner dan tutup account. Tak ada guna duk tayang benda kita tak suka kat blog
ni. Mencacai buat apa. Income tak dapat? No worries. Banyak lagi sumber lain.
Ayuh kita ban Nuffnang!
NAK KAHWIN
DAH
Ye. Seperti
yang aku cakap kat atas, 13hb March 2016 ialah tarikh penikahan aku. Nak ajak
korang pun tak beberapa kenal. HEHE. Tapi kalau nak datang juga komenlah kat
bawah. Tempatnya di Semporna, Sabah .
Alhamdulillah persiapan dah 90% siap. Sikit je lagi touch up. Berdebar pun ada.
Sebab nanti nak pikul tanggungjawab besar. Tapikan, perjalanan aku nak kahwin
ni penuh onak dan duri. Terutamanya dari segi duit. Namun betullah cakap orang,
jika kita berniat baik, selalu berdoa, Allah akan permudahkan segala-galanya
untuk kita. Sejak dari aku nekad nak kahwin, rezeki aku murah. Sumber duit
datang dari punca yang tak disangka-sangka. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah.
Akhirnya cukup segala-galanya untuk kahwin. Siap ada extra lagi untuk tambah
perabot dirumah.
RUMAH BARU
SIAP
Alhamdulillah
sekarang aku dah memiliki rumah sendiri. Bukan second tapi yang baru dibina.
Condominium pun jadilah. Yang penting lokasi bagus dan harga bawah RM290K. Tu
beli 3 tahun yang lepas. Sekarang kalau nak dapat harga ini dengan lokasinya,
agak mustahil. Market price harga rumah aku ni sekitar RM370K dah. Tapi kepada
agents, kalau anda mambaca ini, aku tak berminat lagi nak sewakan atau jual
rumah aku ni. Nak tingal lama dulu sampai ke puas. Then later we can talk. Lagi
pun fikir juga nak beli satu lagi landed properties. Tapi way too long to
think. Mungkin 10 tahun lagi. Yang pasti aku bersyukur atas segala rezeki yang
Allah kurniakan.
KERJA DAN
GAJI BARU
Dari tempoh
Oktober 2014 sampai sekarang, aku berjaya dapat increment salary almost
RM1,200. Tempoh satu tahun, tiga bulan. Not bad. Tak adalah banyak tapi
syukurlah. Kerja makan gaji macam inilah. Cukupnya gaji aku tu, rasanya insyAllah
lah boleh untuk aku dan bakal isteri nanti hidup. Kalau boleh nak naikkan lagi
gaji. HAHA. Lagi pun kerja di tempat baru ini banyak sangat benda yang boleh
menyebabkan aku sakit hati, makan hati, luah hati dan seangkatan. Disuruhnya
datang awal, baliknya lambat lagi bagus. Kejap nak A, kejap nak B pastu A
balik. Masalahnya nak tukar A ke B dah banyak proses. Itulah kerja aku
sekarang. Kerja makan gaji kena sabo lah kan .
So to think positive, aku kena buat sesuatu! Mungkin cari kerja lain atau buka
bisines kata banglas. Any idea?
UNIFI VS
MAXIS FIBRE
Diakui Unifi
memang mahal sikit. Pakej termurahnya iaitu 30Mbps sebulan dengan RM179. Maxis
RM148 tapi 10Mbps kelajuannya. Kalau kira berbaloi, memang Unifi lah. Lagi pun
disertakan sekali HyppTV. So kalau tak ada Astro lagi macam aku ni, memang
seronoklah. Dari segi bajet Maxis menang. Eh korang, betul ka internet kat Malaysia ini
mahal? Depa kata kat Korea
ibarat 30Mbps tu RM50 je sebulan. Hmmmm. Tapi last sekali aku decide ambil
Unifi lah. Baru je seminggu install. Sebab tu update blog ini. Internet laju
sangat. Download 4GB pun sejam boleh siap. HAHA. Lepas ini penuhlah hardisk aku
tak tau nak letak mana movie. Sebab itu mula2 aku pertimbangkan Maxis Fibre je.
Tak mengapa slow sikit tapi ada juga. Even BETTER dari Unifi pakej lama yang
RM149 untuk 5Mbps sebulan tu. Dulu pun kat rumah sewa aku guna Maxis. Memang
berpuas hati. Sampai tak tau dah nak buat apa dengan internet laju 10Mbps.
Inikan dengan 30Mbps? Mungkin ada gunanya untuk future kot. We’ll wait and see.
JENUH DENGAN
POLITIK MALAYSIA
Oh topik ini
pun termasuk sekali. Bukan apa, aku bosanlah dengan politik kat tanah airku
ini. Penuh dengan rasuah. Kalau tak kena je, kena pecat, kena penjara, kena
bunuh! Rakyat dihalang menyuarakan pendapat. Tapi yang menyokong tu pula tak
tau hala tuju. Yela diorang yang menyokong dapat duit. Hari itu khutbah jumaat
ada cakap, sekarang hanya orang bodoh diangkat jadi pemimpin oleh yang cerdik. Dan
akhirnya rakyat sendiri diperbodohkan. Akhir zamankan. Aku Cuma harap bukan
malapetaka tapi hidayat dari Allah kepada mereka ini semua supaya bertaubat dan
tegakkanlah agama Allah didalam pemerintahan. Jangan dilupa pula yang kita
berbilang agama dan bangsa. Tapi jadikan pemerintahan Nabi dan khalifahnya
sebagai panduan. InsyAllah semua orang gumbira. Namun kadang-kadang aku sedih
dengan bangsa Melayu. Kita semua memang macam “itu” ke? Fahamlah
sendiri. Aku pun Melayu yang sedih kerana kita seperti lalang..wuuu~ditiup
angin~
KUCING IN THE
HOUSE Y’ALL
Sudah 5 bulan
aku membela sepasang kucing bernama Gabbo (Jantan – kaler oren) dan Laura
(Betina – kaler campur) seperti dalam gambar. Sekarang usia mereka 7 bulan.
Sejujurnya cantik tu biasa sahaja tapi sebab haiwan tu menemani aku duduk
sensorang kat rumah baru ini, jadi rasa terisilah sedikit kesepiaan di hati.
HEHE. Nakal juga mereka ini kadang-kadang. Kahwin
nanti ingat nak lepaskan diorang. Ada yang berminat? Sila tinggalkan komen –
Kucing cantik untuk dilepaskan percuma Shah Alam /Klang area. Kalau ada saki
baki makanan dan wood pallet litter, aku bagi kat yang sudi mengambilnya.
AKHIR KATA
Mungkin
setakat itu sahajalah dulu coretan aku kali ini. Seterusnya aku nak fikir, pertama,
bidang apa kalau buat bisnes boleh maju cepat dan kukuh lama (tak macam Oil
& Gas), kedua, cara cari rezeki lebih menggunakan internet laju, ketiga, cara
menghias interior rumah dengan lebih bergaya, keempat, tanggungjawab yang aku
kena faham sebagai suami, kelima, cara meneruskan hidup hingga ke Jannah,
insyAllah.
3 comments:
saya peminat kucing... ssyang you nk bagi comei ni pada org...
saya tinggal di shah alam juga.. ada lg ke comei2 niii
niat saya bila bila dah bersara nanti memang nk bagi perhatian 100% pada si comei2 niiii
saya tak boleh tgk kucing terbiar..kesian tu tuhan saja yg tahu..dia pun makhluk allah jugak kan..
apa2 pun boleh e mail saya azizah@ranhill-rbsb.com.my or call 03-27168888..kak azie ye
terima kaseh...
Assalamualaikum. nak bertanya. kucing2 masih ada lagi ke? kalau ada bole watsapp sy 0173509957 - kila.. tq..
Sy nk kucing juga still Ada lg tak watsap sy at 0104384586
Post a Comment