Saturday, March 5, 2016

PERCUMA : Kucing Untuk Diberikan Kepada Sesiapa Berminat

29 Februari - Hari LOMPAT seBUMI!

Sempena hari yang bertuah dan datangnya setiap empat tahun sekali je ni, aku nak bercerita sikit mengenai perjalanan hidupku baru-baru ini. HAHA.

LAMA TAK UPDATE BLOG

Ada sedikit kemalasan disebabkan banyak perkara. Pertamanya yang pasti ialah mengenai internet yang lembab. Kenapa taknya, guna fon je (buat hotspot untuk sambung ke PC). Kuota data pula 4GB je. Jadi camne nak laju? Kadang-kadang internet suka main sembunyi. Kejap ada kejap tak ada. Jadi dari segi internet tu memang “killing me softly” lah rasanya. Kedua sebab aku baru pindah rumah baru (Alhamdulillah). Jadi sudah pasti kesibukan dan keseronokan itu lebih kepada mengemas dan menghias rumah. Ketiga sebab nak KAHWIN. Ye, bermula hari ini, ada 13 hari je lagi aku bergelar bujang seumur hidupku. Sedihkan? HAHA. Sibuklah menguruskan hal perkahwinan sekarang ini termasuk documentasi dsb. Jadi ketiga-tiga sebab inilah kenapa aku tak update blog untuk tempoh yang agak lama.


INCOME MELALUI NUFFNANG

Engkorang ni percaya ke kat Nuffnang? Memang tak dinafikan ada yang menjana pendapatan melalui Nuffnang. Setiap bulan pun ada. Tapi aku? Straight to the point, sejak 8 tahun lebih berblog, aku berjaya mengumpul RM250 + sahaja. Banyak ke? Kalau ikutkan nilai memanglah sedikit tapi siapa nak bagi jumlah tu percuma? Percuma maksud aku tak perlu bayar yuran ahli ke, duk jumpa orang buat sales ke. Anda hanya perlu letakkan banner kat blog dan seangkatan je. Mudah. Jadi bila dah sampai ke RM250+ tu, aku buat keputusan untuk keluarkan semua. Lepas hantar request cash out kat Nuffnang, so tunggulah aku sampai hampir DUA bulan! Macam-macam follow up dah buat. Email mula2. Last sekali aku call office diorang. Susah juga nak berangkat. Then mereka feedback bahawa aku ada “clicking fraud”. Weh, sape selalu datang blog ni buat benda ni kat blog aku ni? Tapi tak kisahlah fraud ke, frog ke, fog ke, yang penting aku tak puas hati dengan Nuffnang! Setakat RM250+ selama 8 tahun lebih, takkan berkira sangat? Ah. Malas duk fikir. Jadi aku dah decide nak delete je banner dan tutup account. Tak ada guna duk tayang benda kita tak suka kat blog ni. Mencacai buat apa. Income tak dapat? No worries. Banyak lagi sumber lain. Ayuh kita ban Nuffnang!

NAK KAHWIN DAH

Ye. Seperti yang aku cakap kat atas, 13hb March 2016 ialah tarikh penikahan aku. Nak ajak korang pun tak beberapa kenal. HEHE. Tapi kalau nak datang juga komenlah kat bawah. Tempatnya di Semporna, Sabah. Alhamdulillah persiapan dah 90% siap. Sikit je lagi touch up. Berdebar pun ada. Sebab nanti nak pikul tanggungjawab besar. Tapikan, perjalanan aku nak kahwin ni penuh onak dan duri. Terutamanya dari segi duit. Namun betullah cakap orang, jika kita berniat baik, selalu berdoa, Allah akan permudahkan segala-galanya untuk kita. Sejak dari aku nekad nak kahwin, rezeki aku murah. Sumber duit datang dari punca yang tak disangka-sangka. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah. Akhirnya cukup segala-galanya untuk kahwin. Siap ada extra lagi untuk tambah perabot dirumah. 

RUMAH BARU SIAP

Alhamdulillah sekarang aku dah memiliki rumah sendiri. Bukan second tapi yang baru dibina. Condominium pun jadilah. Yang penting lokasi bagus dan harga bawah RM290K. Tu beli 3 tahun yang lepas. Sekarang kalau nak dapat harga ini dengan lokasinya, agak mustahil. Market price harga rumah aku ni sekitar RM370K dah. Tapi kepada agents, kalau anda mambaca ini, aku tak berminat lagi nak sewakan atau jual rumah aku ni. Nak tingal lama dulu sampai ke puas. Then later we can talk. Lagi pun fikir juga nak beli satu lagi landed properties. Tapi way too long to think. Mungkin 10 tahun lagi. Yang pasti aku bersyukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan.


KERJA DAN GAJI BARU

Dari tempoh Oktober 2014 sampai sekarang, aku berjaya dapat increment salary almost RM1,200. Tempoh satu tahun, tiga bulan. Not bad. Tak adalah banyak tapi syukurlah. Kerja makan gaji macam inilah. Cukupnya gaji aku tu, rasanya insyAllah lah boleh untuk aku dan bakal isteri nanti hidup. Kalau boleh nak naikkan lagi gaji. HAHA. Lagi pun kerja di tempat baru ini banyak sangat benda yang boleh menyebabkan aku sakit hati, makan hati, luah hati dan seangkatan. Disuruhnya datang awal, baliknya lambat lagi bagus. Kejap nak A, kejap nak B pastu A balik. Masalahnya nak tukar A ke B dah banyak proses. Itulah kerja aku sekarang. Kerja makan gaji kena sabo lah kan. So to think positive, aku kena buat sesuatu! Mungkin cari kerja lain atau buka bisines kata banglas. Any idea?

UNIFI VS MAXIS FIBRE

Diakui Unifi memang mahal sikit. Pakej termurahnya iaitu 30Mbps sebulan dengan RM179. Maxis RM148 tapi 10Mbps kelajuannya. Kalau kira berbaloi, memang Unifi lah. Lagi pun disertakan sekali HyppTV. So kalau tak ada Astro lagi macam aku ni, memang seronoklah. Dari segi bajet Maxis menang. Eh korang, betul ka internet kat Malaysia ini mahal? Depa kata kat Korea ibarat 30Mbps tu RM50 je sebulan. Hmmmm. Tapi last sekali aku decide ambil Unifi lah. Baru je seminggu install. Sebab tu update blog ini. Internet laju sangat. Download 4GB pun sejam boleh siap. HAHA. Lepas ini penuhlah hardisk aku tak tau nak letak mana movie. Sebab itu mula2 aku pertimbangkan Maxis Fibre je. Tak mengapa slow sikit tapi ada juga. Even BETTER dari Unifi pakej lama yang RM149 untuk 5Mbps sebulan tu. Dulu pun kat rumah sewa aku guna Maxis. Memang berpuas hati. Sampai tak tau dah nak buat apa dengan internet laju 10Mbps. Inikan dengan 30Mbps? Mungkin ada gunanya untuk future kot. We’ll wait and see.


JENUH DENGAN POLITIK MALAYSIA

Oh topik ini pun termasuk sekali. Bukan apa, aku bosanlah dengan politik kat tanah airku ini. Penuh dengan rasuah. Kalau tak kena je, kena pecat, kena penjara, kena bunuh! Rakyat dihalang menyuarakan pendapat. Tapi yang menyokong tu pula tak tau hala tuju. Yela diorang yang menyokong dapat duit. Hari itu khutbah jumaat ada cakap, sekarang hanya orang bodoh diangkat jadi pemimpin oleh yang cerdik. Dan akhirnya rakyat sendiri diperbodohkan. Akhir zamankan. Aku Cuma harap bukan malapetaka tapi hidayat dari Allah kepada mereka ini semua supaya bertaubat dan tegakkanlah agama Allah didalam pemerintahan. Jangan dilupa pula yang kita berbilang agama dan bangsa. Tapi jadikan pemerintahan Nabi dan khalifahnya sebagai panduan. InsyAllah semua orang gumbira. Namun kadang-kadang aku sedih dengan bangsa Melayu. Kita semua memang macam “itu” ke? Fahamlah sendiri. Aku pun Melayu yang sedih kerana kita seperti lalang..wuuu~ditiup angin~

KUCING IN THE HOUSE Y’ALL

Sudah 5 bulan aku membela sepasang kucing bernama Gabbo (Jantan – kaler oren) dan Laura (Betina – kaler campur) seperti dalam gambar. Sekarang usia mereka 7 bulan. Sejujurnya cantik tu biasa sahaja tapi sebab haiwan tu menemani aku duduk sensorang kat rumah baru ini, jadi rasa terisilah sedikit kesepiaan di hati. HEHE. Nakal juga mereka ini kadang-kadang. Kahwin nanti ingat nak lepaskan diorang. Ada yang berminat? Sila tinggalkan komen – Kucing cantik untuk dilepaskan percuma Shah Alam /Klang area. Kalau ada saki baki makanan dan wood pallet litter, aku bagi kat yang sudi mengambilnya.



AKHIR KATA

Mungkin setakat itu sahajalah dulu coretan aku kali ini. Seterusnya aku nak fikir, pertama, bidang apa kalau buat bisnes boleh maju cepat dan kukuh lama (tak macam Oil & Gas), kedua, cara cari rezeki lebih menggunakan internet laju, ketiga, cara menghias interior rumah dengan lebih bergaya, keempat, tanggungjawab yang aku kena faham sebagai suami, kelima, cara meneruskan hidup hingga ke Jannah, insyAllah.

3 comments:

Anonymous said...

saya peminat kucing... ssyang you nk bagi comei ni pada org...
saya tinggal di shah alam juga.. ada lg ke comei2 niii

niat saya bila bila dah bersara nanti memang nk bagi perhatian 100% pada si comei2 niiii

saya tak boleh tgk kucing terbiar..kesian tu tuhan saja yg tahu..dia pun makhluk allah jugak kan..
apa2 pun boleh e mail saya azizah@ranhill-rbsb.com.my or call 03-27168888..kak azie ye
terima kaseh...

syakila mardyanna said...

Assalamualaikum. nak bertanya. kucing2 masih ada lagi ke? kalau ada bole watsapp sy 0173509957 - kila.. tq..

hafiz Umar said...

Sy nk kucing juga still Ada lg tak watsap sy at 0104384586

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...