Monday, July 4, 2016

TIPS : Cara Mencapai Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum.

Betul orang cakap, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Bergantung kepada masing-masing, ada 1 bulan pun dah ok, ada juga yang dekat 1 tahun lamanya. Alhamdulillah dah dekat 4 bulan aku berkahwin. Namun, ingat ke makin lama makin bahagia, tapi sebaliknya. Dan syukur kehadrat Ilahi, di malam kedua terakhir Ramadhan 2016 ini, aku telah diberikan hidayah untuk memperbetulkan hubungan kami (Insya Allah).


Punca PERTAMA - Sulong

Isteri aku ialah anak sulong daripada 10 orang adik beradik. Dialah satu-satunya punca pendapatan keluarganya setakat ini. Ayahnya sedang pulih dari pembedahan. Adik-adiknya ada yang masih belajar dan ada yang tak dapat kerja lagi. Jadi tekanan di bahu isteri aku sangat tinggi. Disebabkan itulah dia mungkin rasa kasih sayang dan pengorbanan mak ayahnya untuk membesarkan SEMUA adik-beradiknya terutamanya dia sendiri perlu dibalas. Lantas tak hairanlah dia terabai sikit aku ni.

Penyelesaian PERTAMA - Sokong

Mungkin aku hanya boleh bagi sokongan moral dan dengar je luahan hati dia buat masa ini, sampai ayah dan adiknya dapat bekerja kembali? Agaknya lepas itu legalah sedikit dia dan fokus banyak sikit kat suami dia ini. Iyalah, aku pun asyik cakap kat dia "utamakan suami". Sebab itulah tekanan dia bertambah. Keluarga penting, suami pun penting.

Punca KEDUA - Keluarga

Keluarga. Sejujurnya keluarga dia ini kurang menitik beratkan soal kebersihan, agama dan menghormati tuan rumah. Ditambah lagi dengan sikap "kalau nak sesuatu waktu itu, waktu itu jugalah kena ada". Rimas aku. Contohnya kalau nak book flight, sudah pastilah ramai antara kita beli awalkan? Tapi mereka ini kalau lusa nak naik flight, hari ini baru sibuk suruh belikan. Sampai call / sms berkali-kali. Kalau tempat tu dekat takpelah. Ini dari Sabah nak ke KLIA. Gilo. Tapi nak buat macam mana, itukan keluarga isteri aku. Jadi disebabkan aku kurang menyenangi mereka, maka isteri aku pun tertekanlah. Nak senangkan aku lagi, keluarga dia lagi.

Penyelesaian KEDUA - Terima

Mungkin aku kenalah belajar terima keluarga isteri aku sepenuh hati. Bukan buat tak tahu, tapi "blend" sekali namun "berwaspada". Haha. Faham ke maksudnya? Kena banyak bersabar dan redha. Dan kahwin dengan dia, kenalah terima baik buruk keluarga dia juga.

Punca KETIGA - Agama

Suka menyuruh, berleter dan memaksa buat benda baik/betul terutamanya bab-bab agama. Eh, salahkah aku berbuat demikian? Kata nak masuk Syurga Allah bersama. Hmm. Diwarisi sikap dari keluarga dan kaum kerabat dia, jadi isteri aku ini memang degil dan susah sikit kalau nak dakwah kepadanya. Terkadang melawan. Terkesima aku. Tak takut tuhan ke? Tapi aku tak menyerah kalah. Aku tahu tanggungjawab mesti dilaksanakan. Jadi aku tetap menyuruh, berleter, memaksa...dll.

Penyelesaian KETIGA - Contoh

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Betul ke Ustaz/Ustazah? Apa yang aku boleh buat ialah "lead by example". Aku kene buat dulu semua tu (yang mana memang aku dah buat dari dulu lagi) baru suruh dia. Manusia ini kalau dipaksa lama-lama makin tak mahukan? Jadi aku mungkin kena kurangkan sedikit dakwah-dakwah ini. Aku kena berdoa pada tuhan minta dilembutkan hati isteriku. Nak ubah sikap kita sendiri pun susah, inikan nak tukar sifat orang lain. lebih-lebih lagi sehari dua. Memang takkan berlaku. Jadi perlulah bersabar, jadi contoh dan berdoa.

Punca KEEMPAT - Bersih

Berkait dengan ketiga iaitu kebersihan dan kekemasan rumah. Rumah yang kami duduki sekarang ini rumah baru siap dibina. Baru je 1 tahun. Jadi aku sebagai owner, memang nak pastikan keadaan rumah sentiasa terbaik. Dan sifat aku juga, aku suka sesuatu yang bersih dan kemas. Contra dengan bini aku. Keluarga dia macam aku cakaplah seperti punca kedua tu, isteri aku pun terikut-ikut juga. Jadi apa lagi, aku akan menyuruh, berleter dan memaksa lagi. Banyak kali dia cakap dia rasa macam menumpang kat rumah tu je. Pedas betul ayatnya.

Penyelesaian KEEMPAT - Contoh

Salah aku juga kot sebab terlalu memaksa. Lepas ini kena kurangkan dan sekali lagi, kena jadi contoh teladan. Aku akan mulakan semuanya dan buat itu tabiat. Mesti perlahan-lahan dia akan ikut nanti. Perlu juga aku open mind dan terima seadanya. Kalau tak nanti dia letak tuala kat kerusi pun aku duk marah. Walhal tuala itu bukan basah sangat pun.

Punca KELIMA - Impian

Yang terakhir ialah impian dia. Tak bolehlah aku beritahu banyak sangat apa cita-cita isteriku. Cukuplah sekadar bercerita. Disebabkan masalah kewangan keluarga dan tak melalui sumber yang betul, impian dia macam samar-samar je. Seolah hampir mustahil untuk di realisasikan. Tekanan tau untuk dia. Banyak kali cerita benda sama. Kesian pula. 

Penyelesaian KELIMA - Sokong

Aku rasa haruslah aku menjadi pendorong kepadanya. Contohnya biaya yuran belajar dia untuk capai cita-citanya. Rasanya bukan banyak RM pun. Tak sampai 1K. Tapi aku pun sendiri liat nak keluar duit sebab duit aku cukup makan je. Ada lebih. Tapi tak seberapa. Mungkin yang lebih itu aku hulurkan kepada dia? Lagi pun kalau dia capai impian dia nanti aku juga gembira. Pastilah dia ingat aku yang menolongnya lantas makin bahagialah kami.. insya Allah. Dan juga haruslah aku carikan sumber/saluran yang terbaik untuk dia sebab dia sendiri tak tahu. Kalau tahu pun tetap tak tahu secara mendalam bagaimana caranya. 

KESIMPULAN - Kata Kunci : TEKANAN

Kepada pembaca, cerita diatas hanya luahan hati aku untuk aku baca kembali kalau terlupa di masa hadapan. Aku harap tak adalah yang berfikiran negatif, sebaliknya komen-komen membangun sangat dialukan. Jika pembaca ada pengalan macam aku, silakan kongsi. Marilah kita menjalankan hubungan yang baik lalu mencapai kebahagian berpanjangan dalam rumahtangga masing-masing.

p/s: Aku sangat cinta dan sayang isteriku. Mungkin banyak lagi perkara perlu diperbetulkan untuk jadi bahagia. Doakan kami ya! Amiin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...